Showing posts with label mata dan masalah penglihatan. Show all posts
Showing posts with label mata dan masalah penglihatan. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

GEJALA MATA MALAS PADA KANAK-KANAK

GEJALA mata malas merupakan antara punca utama seorang kanak-kanak tidak berupaya melihat dengan baik.

Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata.

Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas.
Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.

Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Fenomena ini dikenali sebagai gejala mata malas.

Gejala mata malas ini berlaku pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata pesakit. Ia perlu dikesan pada peringkat awal dan pesakit dinasihatkan menjalani rawatan yang sewajarnya sebaik sahaja diagnosis dibuat oleh doktor pakar mata.

Rawatan awal dan konsisten amat penting bagi memastikan keupayaan kanak-kanak melihat berada pada tahap yang baik.


Punca dan Tanda-Tanda Klinikal

Antara punca gejala mata malas yang dikenal pasti ialah;
* masalah mata rabun
* perbezaan kuasa refraktif mata
* mata juling
* keabnormalan pada tisu mata


Masalah Mata Rabun

Mata yang rabun disebabkan oleh masalah hypermetropia, myopia dan astigmatism. Keadaan ini menyebabkan gejala mata malas berlaku pada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan berkesan.

Hypermetropia ialah satu keadaan apabila pesakit mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada jarak yang dekat.

Keadaan ini dikenali sebagai rabun dekat dan boleh dikesan seawal umur lima hingga enam tahun.

Mereka mungkin menulis, membaca dan menonton televisyen pada jarak yang sangat dekat.

Kanak-kanak ini perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.

Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran terutamanya ketika membaca dan menulis sebaik sahaja mereka memasuki alam persekolahan.


Myopia ialah satu keadaan dimana pesakit berupaya melihat pada jarak dekat dengan jelas tetapi mengalami kesukaran melihat pada jarak yang jauh.

Keadaan ini dikenali sebagai rabun jauh dan boleh dikesan pada usia lapan hingga sembilan tahun.

Mereka biasanya mula mengadu tidak dapat melihat dengan jelas perkara yang ditulis oleh guru di papan hitam atau papan putih yang berada di hadapan kelas sekiranya mereka duduk dalam barisan belakang.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh (myopia) kurang berisiko mengalami gejala mata malas berbanding kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia).

Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh tidak menghadapi masalah penglihatan pada jarak yang dekat. Mereka boleh membaca dan menulis tanpa sebarang kesulitan.

Astigmatism ialah keadaan struktur kornea atau permukaan mata yang berlekuk dan tidak sekata. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak melihat imej yang tidak jelas dan berpecah.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, kanak-kanak yang mengalami masalah astigmatism akan mengalami gejala mata malas.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism mengalami gejala mata malas pada kedua-dua belah mata.


Perbezaan Kuasa Refraktif Mata

Keadaan ini dikenali sebagai anisometropia atau satu fenomena di mana terdapat perbezaan kuasa refraktif di antara mata kanan dan mata kiri seseorang pesakit.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak mengalami masalah rabun seperti yang dinyatakan di atas, sama ada rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism, mempunyai kuasa cermin mata yang berbeza di antara mata kanan dan mata kiri pesakit.

Mata yang memerlukan kuasa cermin mata yang lebih berbanding mata yang satu lagi akan melihat imej yang kabur sekiranya keadaan ini tidak dirawat.

Kanak-kanak yang mengalami situasi ini, akan mempunyai tahap keupayaan penglihatan yang tidak sama pada kedua-dua belah mata.

Pesakit akan melihat imej yang kabur pada sebelah mata sahaja dan fenomena ini dikenali sebagai mata malas.


Mata Juling

Keadaan mata juling yang berlaku secara konsisten pada sebelah mata menyebabkan berlakunya gejala mata malas.

Mata yang juling, sama ada juling masuk atau juling keluar, sebenarnya tidak melihat imej yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mata yang juling mengalami gejala mata malas.

Keadaan mata yang juling silih berganti mempunyai risiko gejala mata malas yang sangat rendah.

Juling silih berganti ialah satu fenomena di mana hanya sebelah mata yang kelihatan juling dan sebelah mata lagi kelihatan lurus pada satu-satu masa.

Dalam tempoh yang singkat, mata yang mulanya juling boleh berkeadaan lurus dan mata yang sebelah lagi pula mengalami juling.

Pesakit sebegini biasanya tidak mengalami gejala mata malas kerana dia berupaya melihat dengan jelas menggunakan hanya satu mata pada setiap masa.


Keabnormalan Pada Tisu Mata

Sebarang keabnormalan pada tisu mata pada struktur kelopak mata, kornea, kanta mata, vitreous dan retina akan menyebabkan gangguan imej yang dilihat.

Masalah kelopak mata yang jatuh (ptosis) dan sebarang kesan parut pada kornea mata sama ada akibat kecederaan atau kecacatan asal menyebabkan input visual yang kurang jelas dihantar oleh saraf mata ke otak.

Penyakit katarak kongenital, gangguan struktur vitreous dan retina juga menyebabkan masalah yang sama.

Sekiranya keabnormalan seperti yang dinyatakan di atas tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan hanya melihat imej yang kabur.

Lama-kelamaan, otak akan mengabaikan imej kabur tersebut dan menyebabkan keupayaan melihat kanak-kanak tersebut menjadi sangat terhad.


Komplikasi 
                           
Perkembangan visual penglihatan dan otak yang mengawal deria penglihatan bermula seawal usia empat hingga enam bulan.

Usia dua hingga enam tahun pula sangat kritikal untuk perkembangan deria penglihatan. Sebarang keabnormalan deria penglihatan yang dikesan sebelum usia enam tahun berpotensi tinggi untuk dirawat bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan baik, sekiranya mendapat rawatan yang sewajarnya.

Sekiranya gejala mata malas ini dikesan selepas usia 11 hingga 12 tahun, potensi untuk melihat dengan kadar yang baik amatlah terhad.

Perkara ini dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran dan fokus masa depan kanak-kanak terbabit.


Kaedah Rawatan 
                                
Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.

Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih.

Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit.
Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka.

Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum.

Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.

Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah.

Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas.
Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas.

Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut.

Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi.
Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu.

Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik.

Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata.

Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit.

Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit.

Salah Anggapan Masyarakat
Masyarakat amnya kurang mendapat pendedahan mengenai gejala mata malas dan kaedah-kaedah rawatannya.

Gejala mata malas boleh dirawat sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ibu bapa mengambil sikap yang proaktif sepanjang tempoh rawatan diadakan.

Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu perlu dihindari. Kanak-kanak ini akan membesar dengan tahap penglihatan yang sangat rendah dan terhad sekiranya mereka tidak menjalani rawatan yang sewajarnya secepat mungkin.

Peranan Ibu bapa

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak anda berjumpa doktor pakar mata sekiranya anda mengesyaki mereka mengalami gejala mata malas.

Rawatan yang awal dan komitmen ibu bapa yang tinggi amat penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami gejala mata malas berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas.

Mereka akan memerlukan keupayaan penglihatan yang optimum terutamanya menjelang alam persekolahan.

DR. SHATRIAH ISMAIL
Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi,
Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

Artikel Penuh: www.utusan.com.my





Tuesday, 5 November 2013

MERAWAT MASALAH MATA JULING

Masalah juling antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, hakikatnya ia boleh menjejaskan penglihatan dan jika dibiarkan, masalah ini boleh bertambah teruk apabila meningkat dewasa. Antara persoalan yang sering diajukan ialah:


1. Apakah masalah yang mungkin dihadapi seseorang yang mengalami kejulingan?

Masalah kejulingan bukan saja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas, malah mencacatkan rupa Paras yang secara tidak langsung mempengaruhi serta merendahkan keyakinan diri seseorang. Mereka berasa rendah diri dan malu berdepan masyarakat.
 

2. Jika seseorang itu juling sejak lahir, apakah kejulingannya boleh dirawat?

Ya. Kejulingan boleh dirawat dan jenis rawatan bergantung kepada punca kejulingan. Ada yang dapat dirawat dengan cermin mata dan ada yang memerlukan pembedahan. Pembedahan pada otot untuk membetulkan kedudukan mata boleh dilakukan.


3. Adakah rawatan, termasuk pembedahan, dibolehkan Islam?

Ya, boleh kerana kejulingan adalah penyakit, oleh itu ia harus dirawat. Dalam hal ini, jika kecacatan (juling) seseorang menimbulkan rasa rendah diri, ada keharusan untuk melakukan pembedahan mata.


4. Apakah juling boleh menyebabkan gangguan penglihatan?

Jika juling hanya berlaku pada sebelah mata, keadaan ambliopia atau 'mata malas' boleh berlaku. Ambliopia terjadi kerana kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur kanak-kanak seperti mata juling, mata berselaput, rabun jauh dan penglihatan kabur. Ketika tahap pembentukan, mata perlu ada imej jelas di bahagian retina untuk membolehkan kedua-dua mata dan otak memproses imej dengan betul.

Kejulingan berlaku apabila kedudukan bola mata tidak selari. Ada yang juling ke arah keluar dan ada ke dalam. Ia boleh berlaku pada sebelah mata saja atau secara berganti-ganti iaitu mata kanan dan ada kalanya berubah ke mata kiri.
 

5. Apakah punca kejulingan?

Dua punca utama menyebabkan masalah kejulingan iaitu:
* Faktor semula jadi yang mana seseorang itu mengalaminya sejak lahir
* Apabila saraf yang mengawal pergerakan mata yang terletak di bahagian
otak manusia rosak atau penyakit otot yang mengawal pergerakan bola mata


6. Apa patut dilakukan ibu bapa yang ada anak juling?

Ibu bapa yang mendapati mata anak juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga kanak-kanak itu berumur enam bulan. Jika berlarutan, kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan. Kejulingan sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak. Ini kerana, mata yang juling menghalang kanak-kanak melihat
objek dengan jelas.

Pada keadaan biasa apabila mata melihat objek, bola mata bergerak pada satu arah sama. Namun apabila mengalami juling, jika seseorang itu melihat sebelah kiri, hanya sebelah mata bergerak ke arah itu, sedangkan sebelah lagi melihat ke arah lain.

Fenomena itu menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina. Lama-kelamaan mata yang tidak mendapat imej tepat menjadi malas atau ambliopia, yang mengurangkan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas.


7. Adakah keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan kejulingan?

Anak kecil yang mengalami kejulingan perlu menjalani pemeriksaan kerana mungkin disebabkan penyakit mata seperti barah retina. Pernah terjadi seorang kanak-kanak mengalami masalah kejulingan, tetapi ibu bapanya tidak membawanya menjalani pemeriksaan. Selepas setahun, barah pada retina kanak-kanak itu bertambah besar hingga menyebabkan matanya buta dan membahayakan nyawanya.


8. Apakah penyebab lain kejulingan selain daripada ketika lahir?

Selain yang berlaku ketika kecil, kejulingan boleh berlaku akibat kerosakan pada saraf menyebabkan seseorang, khususnya orang dewasa, mengalami diplopia iaitu mata melihat dua imej, sedangkan hanya satu objek di depan mereka. Hal ini boleh berlaku tiba-tiba.


9. Apa harus dilakukan jika hal ini berlaku?

Jika hal ini berlaku, pesakit perlu segera berjumpa doktor. Kejadian ini mungkin disebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan bola mata yang terletak di dalam otak. Jika ada penyakit di bahagian otak, kejulingan berlaku tiba-tiba.


10. Apa akan dilakukan doktor dalam keadaan ini?

Ketika pemeriksaan, doktor melihat penyebabnya. Kerosakan itu mungkin disebabkan penyakit kencing manis, barah dalam kepala atau tekanan darah tinggi.


11. Bolehkah barah otak menyebabkan kejulingan?

Mengimbas kembali pengalaman dua tahun lalu, seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pernah mengalami kejulingan secara tiba-tiba, disertai dengan diplopia (satu objek kelihatan dua). Apabila dibuat pemeriksaan, pelajar itu menghidap barah otak yang serius.


12. Apakah rawatan bagi juling?

Ada beberapa kaedah rawatan kejulingan kurang serius. Ada kejulingan dapat dirawat dengan memakai cermin mata yang tepat. Bagi kanak-kanak pula, masalah ambliopia dapat diatasi jika rawatan dimulakan sebelum berusia sembilan tahun.
 

13. Kadangkala ada rawatan juling membabitkan cara menutup mata yang normal dan kanak-kanak digalakkan membaca dengan menggunakan mata yang kurang jelas penglihatannya. Apakah ini logik?

Ini adalah kaedah rawatan bagi ambliopia (mata malas). Pesakit diberi rawatan dengan menggalakkan penggunaan mata yang mengalami ambliopia dan menutup mata yang normal. Kaedah itu memaksa kanak-kanak menggunakan mata yang mengalami ambliopia untuk membuat kerja rumit. Bagaimanapun, kaedah itu berkesan sebelum berumur sembilan tahun.

Selepas tempoh itu, perkembangan mata kanak-kanak sudah sempurna dan sukar mengubahnya. Rawatan ini boleh dilakukan di rumah antara tiga dan empat sehari kira-kria tiga jam sehari oleh ibu bapa dengan panduan doktor pakar. Perlu diingatkan, pembedahan atau memakai kaca mata juga mampu memulihkan kejulingan, tetapi bergantung kepada tahap seriusnya masalah itu. Pembedahan bagi mengembalikan kesejajaran mata. Ia mudah dan tidak bahaya.


14. Apakah pengalaman doktor dalam merawat pesakit juling?

Saya pernah merawat pelajar juling berusia 20-an. Pelajar itu berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Setiap kali bertemu atau berbincang, pelajar itu takut bertentang mata dengan kawan.Ini kerana berpunca ibu bapa enggan membenarkannya menjalani pembedahan kerana menganggap kejulingan itu anugerah Tuhan dan tidak perlu diubah.

Bagaimanapun pembedahan, pelajar itu mengalami perubahan dengan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Saya menasihatkan mereka yang disyorkan menjalani pembedahan menerimanya kerana pembedahan selamat.
 
 
Sumber:
 

MATA JULING

Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua belah mata tidak selari. Mata yang tidak melihat dengan baik juga boleh menjadi juling. Ia boleh terjadi sewaktu lahir, peringkat kanak-kanak atau dewasa.
 
 
Juling yang berlaku pada orang dewasa biasanya disebabkan oleh penyakit vaskular seperti diabetis (kencing manis) atau darah tinggi yang menyebabkan gangguan pada sistem saraf mata. Juling pada kanak-kanak biasanya disebabkan oleh kerabunan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengidap sejenis kanser mata (retinoblastoma) boleh menjadi juling.
 
Gambar menunjukkan kanak-kanak yang juling
 
 
JENIS-JENIS MATA JULING
 

Gambarajah menunjukkan jenis-jenis juling yang berlainan



TANDA-TANDA DAN GEJALA

Bagi individu yang mengalami juling, mata mereka kelihatan samada menjeling ke dalam atau keluar. Sesetengah mereka mengalami gejala kabur penglihatan atau penglihatan berganda.
 
KOMPLIKASI
 
Kanak-kanak yang mengalami juling perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar oftalmologi dengan teliti untuk memastikan punca atau penyebab juling. Seterusnya rawatan yang segera dan sesuai perlu untuk mencegah amblyopia (mata malas). Sekiranya retinoblastoma adalah penyebab juling, ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.
 
RAWATAN
 
Bagi kanak-kanak yang mengalami juling, doktor mungkin memilih rawatan terapi penutupan mata yang penglihatannya baik.Ini bagi memastikan  kanak-kanak tersebut menggunakan mata yang malas (amblyopia) untuk menguatkan tahap penglihatan mata tersebut.


Pembedahan boleh dilakukan sekiranya perlu. Ia dilakukan untuk menguatkan atau melemahkan otot mata yang mengawal pergerakkan mata supaya seimbang semula.


PENCEGAHAN
 
Kanak-kanak yang mengalami juling perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar oftalmologi dengan teliti. Adalah sangat penting penyakit juling ini dirawat seberapa segera. Sistem saraf kanak-kanak terus berkembang di sepanjang tempoh bayi membesar dan juling ini hanya boleh diperbetulkan semasa tempoh yang sensitif. Tanpa membuat apa-apa dan hanya menunggu sehingga kanak-kanak remaja /dewasa untuk mendapatkan rawatan akan menyebabkan masalah ini menjadi kekal dan tidak boleh dipulihkan semula.

Monday, 4 November 2013

MATA ANDA KABUR ?

Sebarang perubahan pada tahap penglihatan boleh dirawat dengan mudah dengan menggunakan cermin mata, tetapi untuk kes-kes yang lebih rumit pemeriksaan mata yang rapi diperlukan untuk menentukan puncanya.


Dalam beberapa situasi, gejala kabur penglihatan memerlukan perhatian segera, antaranya
  • mereka yang mengalami kabur penglihatan secara tiba-tiba.
  • mereka yang mengalami kebutaan separa atau sepenuhnya pada sebelah atau kedua-dua mata, walaupun sementara.
  • mereka yang mengalami penglihatan berganda, walaupun sementara.
  • mereka yang merasa seolah-olah pandangannya terlindung oleh sesuatu atau seperti melihat tabir menutup dari bahagian tepi.
  • mereka yang melihat lingkaran disekeliling cahaya(halo) atau melihat suatu kawasan yang herotberot secara tiba-tiba.
  • Orang yang mengalami sakit mata, terutamanya jika mata mereka merah. Mata merah yang sakit adalah suatu kecemasan.

SPEK TERAPI IBNUSINA BOLEH MENGATASI MASALAH MATA KABUR

Masih ramai lagi masyarakat Malaysia khususnya  tidak mengetahui tentang kelebihan spek terapi Ibnusina. Sekalipun anda bertanya pada doktor mata, mereka tidak akan tahu dan tidak akan pernah mengakui kehebatan "pinhole no glasses ini".


KELEBIHAN SPEK TERAPI IBNUSINA

✔ Terapi untuk masalah rabun jauh, dekat & silau
✔ Pakai hanya 15 minit sehari
✔ 100% selamat & semulajadi
✔ Design terkini dan berkualiti tinggi
✔ Teknologi U.S.A
✔ Tak payah pakai ubat. Makan atau titik.
✔ 100% selamat dan semulajadi
✔ Tidak perlu preskripsi doktor
✔ Tidak perlu test mata
✔ Kurangkan 'power' cermin mata @ contact lens.
✔ Memperbaiki kejelasan mata anda
✔ Mencegah rabun jauh, rabun dekat,
✔ Hanya beli sekali seumur hidup
✔ Design yang menarik, boleh bawak berjalan
✔ Boleh dijadikan penapis UV dari skrin computer.
✔ Murah dan Murah dan murah sangat

 




Ini bukanlah suatu yang mustahil, kerana ramai yang telah mendapat manfaat selepas menggunakannya. Apa yang penting, keyakinan dan disiplin sepanjang anda menggunakan spek terapi ini.

SILA KLIK >>> UNTUK LIHAT TESTIMONI


Kepada yang berminat,  dapatkan segera spek ini !


Untuk order yang lebih pantas, sila sms PMR ke 0166274307.

atau anda terus lawati facebook: www.facebook.com/penawarmatarabun



Friday, 4 October 2013

Memahami Katarak

KATARAK adalah masalah mata yang sangat biasa berlaku pada orang tua. Katarak ialah keadaan kanta mata yang hilang kejernihannya. Lazimnya masalah ini berlaku disebabkan proses penuaan.


Apa gejala katarak?

Pesakit akan mengalami kekaburan penglihatan dan silau apabila menghadapi cahaya. Kekaburan penglihatan ini berlaku secara perlahan-lahan dan pesakit berasa seolah-olah ada asap atau kabus di depan mata. Lama kelamaan penglihatan menjadi kabur dan jika tidak
dirawat mereka boleh menjadi buta.


Apa sebab katarak?

Katarak berkait rapat dengan proses penuaan, namun ada juga bayi baru lahir mengalami masalah ini. Ia dipanggil katarak kongenital. Selain itu, katarak yang berlaku disebabkan trauma, terutama apabila mata seseorang itu menerima hentakan atau tumbukan.


Bolehkah katarak dirawat?

Ya. Rawatannya mudah kerana pada peringkat awal cermin mata boleh membantu mengembalikan penglihatan, namun apabila katarak mengganggu penglihatan, pembedahan perlu dilakukan. Kanta yang hilang kejernihan itu dikeluarkan dan diganti dengan kanta tiruan yang dibuat daripada plastik.


Bagaimana pembedahan katarak dilakukan?

Pembedahan dibuat dengan melakukan bius setempat. Pesakit masih sedar ketika pembedahan dilakukan. Kaedah ini biasanya dilakukan pada pesakit tua. Bagi pesakit kanak-kanak dan muda, bius am diberi dan pesakit akan tidur ketika pembedahan. Mereka tidak berasa apa-apa dan biasanya pembedahan mengambil masa 20 hingga 40 minit.


Bilakah masa sesuai untuk melakukan pembedahan?

Ia bergantung kepada keadaan pesakit. Bukan semua katarak, terutama pada peringkat awal, perlu dibedah. Pembedahan hanya perlu jika katarak mengganggu penglihatan dan menjejaskan aktiviti harian seseorang.

Perlukah kita menunggu katarak menjadi matang sebelum dibedah?

Tidak. Ini adalah konsep rawatan yang diamalkan 50 tahun lalu ketika teknik pembedahan dilakukan tanpa bantuan mikroskop dan mesin canggih.Kini kanta yang tiada katarak pun boleh dibedah untuk merawat rabun jauh yang teruk. Jadi pembedahan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.


Bila pesakit boleh mula bekerja selepas pembedahan?

Jangka masa pemulihan biasanya selama sebulan, terutama bagi pembedahan yang memerlukan jahitan. Ini adalah kaedah untuk katarak yang matang.Namun, kini ada kaedah rawatan yang tidak memerlukan jahitan dipanggil fakoemulsifikasi. Melalui kaedah ini, katarak dihancurkan dan `disedut' keluar menggunakan alat khas yang halus. Jadi luka pada mata adalah kecil dan lebih cepat sembuh. Pesakit biasanya boleh mula bekerja selepas dua
minggu menjalani rawatan.


Adakah katarak akan berulang?

Ya. Bagi sesetengah pesakit, lapisan kulit katarak akan menebal dan menyebabkan kekaburan yang hanya dapat dirawat menggunakan rawatan laser. Rawatan laser sungguh mudah, selamat, cepat dan tidak perlukan pembedahan.
(END)



Wednesday, 2 October 2013

Kanta lekap risiko ulser kornea



Penggunaan kanta lekap menjadi kegemaran dewasa ini. Terdapat pelbagai warna dan jenis menjadi pilihan terutama bagi remaja dan dewasa. Akan tetapi, pemakaian kanta lekap mempunyai risiko jangkitan atau kudis pada selaput kornea mata.


Kornea adalah selaput pada bahagian depan mata hitam kita. Ia adalah kawasan yang paling cembung pada mata dan kecembungan ini penting untuk cahaya memasuki mata dan meletakkan fokus imej yang dipandang jatuh pada retina agar penglihatan menjadi jelas.


Apabila kanta lekap diletakkan pada kornea mata, kawasan berkenaan memerlukan oksigen dan pengairan yang memadai. Jika bekalan oksigen kurang dan kawasan kornea itu menjadi kering, sel permukaan kornea mula ‘mati’ dan kuman terutama pseudomanas aeruginosa mudah untuk melekat pada kornea mata dan mula membiak.


Kuman ini akan cepat membiak dan merosakkan sel kornea lalu membentuk kudis atau ulser kornea. Pada peringkat awal pesakit akan mempunyai simptom seperti tidak selesa, terasa bendasing dalam mata, kelopak mata bengkak dan mata berair.


Ia bergantung pada berapa besar saiz ulser itu. Pada peringkat yang berikutnya mata mula menjadi merah, sakit menjadi semakin teruk, silau terutamanya bila terdedah pada cahaya matahari, mata bertahi dan pandangan menjadi kabur.


 Jika tidak dirawat, nanah akan terbentuk di bahagian depan mata. Jika diperhatikan, simptom awal ulser pada kornea ini hampir sama dengan jangkitan mata biasa dan sering terlepas pandang oleh pengamal perubatan.


Oleh itu, kepada pesakit yang memakai kanta lekap, haruslah memberitahu doktor yang memeriksa dan lebih baik jika pemeriksaan dilakukan oleh pakar mata bagi pemeriksaan lanjut menggunakan slit lamp. Sampel daripada kawasan yang mengalami ulser akan diambil dan dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman yang menyebabkan ulser berkenaan.

Rawatan awal adalah penting untuk mengelakkan komplikasi daripada kudis atau ulser pada kornea. Pesakit biasanya akan dipantau di dalam hospital. Beberapa jenis ubat titis yang mengandungi antibiotik akan diberi.


Lazimnya, ubat itu akan dititis setengah jam atau setiap jam untuk beberapa hari. Itulah tujuan pesakit dipantau dalam wad. Jika tidak, pesakit gagal untuk menitis ubat itu terutamanya pada waktu malam.


Jika lewat dirawat, komplikasi yang paling merisaukan ialah buta. Ulser itu akan sembuh secara semula jadi namun tanpa rawatan yang sesuai akan membentuk parut kekal pada lapisan kornea.


Jika parut ini terletak tepat pada anak mata, ia akan mengganggu kemasukan cahaya seterusnya mengganggu pembentukan objek yang dilihat pada retina dan akhirnya menyebabkan buta. Selain itu, jangkitan yang teruk pada selaput kornea boleh menembusi lapisan berkenaan dan kuman akan merebak pada bahagian dalam mata.


Individu yang paling berisiko untuk mendapat ulser pada kornea ialah yang suka memakai kanta lekap semalaman dan memakai lebih daripada masa yang sepatutnya.


Ia mudah terjadi pada pemakai yang tidak menjaga kebersihan tangan dan bekas kanta lekap berkenaan. Air dalam bekas kanta lekap hendaklah ditukar untuk mengelakkan kuman bertakung di dalamnya.


Tangan perlu dibasuh setiap kali ingin menanggalkan atau melekapkan kanta. Kepada pesakit yang mengalami masalah mata kering ataupun alahan mata, tidak digalakkan memakai kanta lekap.


Ia tak sesuai pada perokok kerana asap rokok boleh menyebabkan mata menjadi kering dan terdedah kepada risiko jangkitan. Begitu juga kepada sesiapa yang bekerja di luar bangunan atau tempat yang berhabuk, adalah tidak digalakkan menggunakan kanta lekap.



Artikel ini di ambil dari: myMetro

Thursday, 26 September 2013

KESAN PENYAKIT DIABETES TERHADAP KESIHATAN MATA

Isu pemeliharaan penglihatan perlu ditekankan terutamanya di kalangan bapa (dan juga ibu) yang menghidap diabetes.  Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat 63,000 individu buta dan 53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia.


Antara punca utama masalah ini ialah penyakit diabetes yang boleh memberi kesan sampingan buruk kepada mata. Penyakit diabetes ialah penyakit sistemik di mana badan tidak dapat mengawal kandungan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.


Peningkatan paras gula dalam darah juga memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai retinopati diabetis.


Kesan

Kesan masalah buta akibat penyakit diabetes sangat besar. Kebanyakan pesakit tergolong dalam peringkat usia yang produktif dan mempunyai tanggungjawab besar menyara hidup serta keluarga masing-masing.


Kehilangan penglihatan pada peringkat ini boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja kerana tidak mampu melakukan tugas dengan berkesan. Ini seterusnya akan menjejaskan ekonomi dan dinamik keluarga pesakit.


Impak negatif ini juga secara langsung membantutkan pembangunan dan ekonomi negara, terutamanya dengan kehilangan tenaga kerja di peringkat paling berpotensi dan produktif dalam hidup mereka.


Kerajaan pula terpaksa menanggung kos perubatan dan kebajikan pesakit ini.
Oleh kerana impak negatif ini, kebutaan akibat diabetes perlu dicegah!


Pencegahan boleh dilakukan dengan memastikan pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata secara berkala.


Pengesanan masalah mata di peringkat awal membolehkan doktor mata memberi rawatan sewajarnya mengikut keadaan pesakit.



Pemeriksaan mata

Retinopati diabetis adalah penyebab utama kebutaan baru di negara maju dan membangun.
Kemungkinan seorang pesakit diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding individu sihat tetapi boleh dielakkan jika dikesan serta dirawat dari awal.


Sekitar 2006 dan 2007, jumlah pesakit diabetes di negara kita meningkat kepada 14.5 peratus daripada 8.3 pada 1996.


Didapati kadar komplikasi paling lazim akibat diabetes adalah ke atas saraf (58 peratus) dan mata (53 peratus). Selepas lima tahun seseorang itu disahkan menghidap diabetes, 14 peratus daripada pesakit didapati menghidap retinopati diabetis.


Namun, didapati hanya tiga hingga 20 peratus pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata berkala.
Ini menunjukkan 80 peratus lagi pesakit diabetes yang tidak menjalani pemeriksaan mata berdepan risiko menjadi buta akibat retinopati diabetis.


Tanpa disedari

Kajian Kementerian Kesihatan pada 2002 untuk menyaring kesan penyakit diabetes ke atas mata melalui gambar retina di tujuh buah hospital di tujuh negeri memperoleh keputusan membimbangkan.
Daripada 6,288 pesakit diabetes, 38 peratus (2,138 orang) mengalami retinopati diabetis tanpa disedari.


Jika fakta ini diunjurkan kepada semua pesakit diabetes yang berjumlah hampir 3.7 juta (14.5 peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia), bermakna kira-kira 1.4 juta pesakit menghidap retinopati diabetis tanpa disedari kerana tidak menjalani ujian saringan daripada doktor mata.


Fakta ini membimbangkan dan juga menyedihkan kerana pengesanan awal membolehkan kita mencegah kebutaan retinopati diabetes melalui rawatan laser atau pembedahan.
Bagaimanakah keadaan mata pesakit yang mengalami retinopati diabetis? Gambar mata pesakit diabetes menunjukkan contoh pendarahan di dalam retina mata pesakit yang tidak menjaga pemakanan.


Pesakit berkenaan juga menghidap darah tinggi, paras lemak tinggi dalam darah dan dia juga seorang perokok tegar. Semua faktor ini meningkatkan lagi risiko mendapat retinopati diabetis yang teruk.
Gambar tersebut menunjukkan perdarahan pada retina yang berlaku di dalam mata seorang pesakit diabetes yang tidak mengawal gula di dalam darah. Kebocoran lemak di tengah retina menyebabkan gangguan penglihatan.


Komplikasi sampingan

Satu fakta penting yang perlu diketahui pesakit diabetes ialah jika retinopati diabetis berlaku, besar kemungkinan pesakit itu juga mengalami masalah kerosakan buah pinggang yang dipanggil nefropati diabetis.


Ini penyebab utama kegagalan buah pinggang tegar yang memerlukan dialisis seumur hidup.
Oleh itu jika pesakit diabetes didapati menghidap retinopati diabetis, pemeriksaan air kencing perlu dilakukan segera untuk mengesan nefropati diabetis.


Pada peringkat awal, pengambilan ubat dapat mencegah kegagalan buah pinggang tegar.
Kesedaran masyarakat, terutama pesakit diabetes, dan doktor yang merawat mengenai kepentingan penyaringan mata sangat penting.


Menjadi kewajipan pesakit untuk menjalani pemeriksaan mata dan menyebarkan pengetahuan ini kepada pesakit lain supaya lebih ramai menjalani pemeriksaan untuk mengelakkan kehilangan deria penglihatan.


Apa yang perlu dilakukan pesakit? Tentukan mata anda diperiksa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.


Kepada pengamal perubatan pula, patuhi jadual pemeriksaan mata pesakit seperti disarankan.
Pesakit diabetes boleh dirujuk untuk pemeriksaan retina di klinik mata atau pusat kesihatan yang ada kemudahan kamera retina.


Kepada pesakit diabetes, ingatlah bahawa:

*kemungkinan anda menjadi buta adalah 25 kali ganda daripada orang sihat
*walaupun anda dapat melihat dengan jelas, tidak bererti tiada kerosakan pada retina mata anda
*kerosakan retina mungkin bererti kerosakan buah pinggang yang boleh dikesan awal dengan ujian air kencing
*kerosakan awal buah pinggang dapat dirawat dan ini turut mencegah berlakunya kegagalan buah pinggang tegar yang memerlukan dialisis yang juga memerlukan belanja besar dan mengganggu kualiti hidup anda


Jika anda menghidap diabetes melebihi lima tahun, di samping mempunyai masalah tekanan darah tinggi, merokok, paras lemak tinggi dalam darah dan kawalan gula darah yang tidak sempurna, risiko mendapat kerosakan retina adalah tinggi.


Jangan berlengah, minta dirujukkan ke klinik mata dengan segera! Bersama kita memelihara penglihatan sebelum mata menjadi buta.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Perlukah saya membuat pemeriksaan mata?

Penglihatan adalah deria yang amatlah penting. Betapanya susah untuk melaksanakan kehidupan harian kita tanpa penglihatan. Lagipun, kebanyakan penyakit mata tidak akan menunjukkan apa-apa kesan ke-atas penglihatan kita sehingganya terlewat. Pada masa itu, kemungkinan terlewat untuk menyelamatkan mata kita.

Sebab itu, adalah sangat penting untuk menjalani pemeriksaan mata kesihatan untuk mengesan masalah mata serius yang kebetulannya boleh dan senang dirawat pada peringkat yang awal.

Kalau saya mengalami kekaburan mata?

Kekaburan mata disebabkan oleh banyak penyakit mata seperti
  • Katarak (selaput mata)- rawatan awal lebih efektif dan selamat
  • Penyakit permukaan mata (seperti penyakit kornea) juga menyebabkan kekaburan mata
  • Infeksi mata (jangkitan kuman)
  • Penyakit retina (seperti : Retinopathy kencing manis, ARMD, Urat lekang)
  • Penyakit urat saraf
  • Rabun mata - boleh dibetulkan dengan cermin mata, kanta sentuhan mata. Pembedahan laser juga boleh dilakukan tetapi seseorang boleh mengalami komplikasi serta kemerosotan kualiti penglihatan selepas prosedur ini.


Walaupun saya masih muda?

Bayi dan kanak-kanak muda juga boleh mengalami masalah mata. Bayi boleh dilahirkan dengan katarak atau glaukoma. Ini memerlukan rawatan kecemasan untuk menyelamatkan penglihatan mereka serta mengelakkan kekal buta sepanjang umur hidup.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan boleh mengalami Retinopathy of pematurity. Kanak-kanak muda boleh mengidapi penyakit rabun mata yang boleh menyebabkan mata malas (ambliopia) kalau rawatan ditangguhkan.

Mata juling boleh terjadi, dan sesetengah barah mata boleh dikesan semasa zaman muda juga. Kanak-kanak muda yang mengalami masalah penglihatan menyebabkan persepsi dunia mereka kabur dan ini akan menyebabkan masalah pembelajaran.

Jadi, adalah sangat penting untuk kanak-kanak diperiksa untuk rabun mata serta penyakit mata oleh seorang pakar mata sebelum ianya terlewat.

Walaupun saya lebih tua? 
Selepas umur empat puluhan, penyakit mata lebih lazim. Glaukoma ialah sejenis penyakit yang “mencuri penglihatan” tanpa anda merasakannya pada peringkat awal. Bahagian lingkaran penglihatan biasanya hilang dahulu. Jadi hanya selepas penglihatan pusat menjadi gelap, barulah masalah disedari. Pada masa itu, adalah terlalu lewat untuk menyelamatkan penglihatan anda.

Presbyopia adalah sejenis rabun selepas umur 40 tahun. Anda akan mengalami kekaburan penglihatan bila memandang huruf kecil pada jarak yang dekat seperti semasa membaca. Untuk mengelakkan keletihan dan keperitan mata, sila rujuk kepada doktor mata anda untuk preskrispi yang betul.

Katarak atau selaput mata juga berkaitan dengan peningkatan usia. Jangan menganggap penglihatan yang kabur sebagai takdir usia kerana sebenarnya, selaput mata boleh dirawat dengan teknologi terkini dan anda boleh menikmati penglihatan yang baik walaupun usia kita meningkat. Sila menjalani pemeriksaan doktor mata untuk mengetahui samada anda mengidapi apa-apa penyakit mata yang boleh dirawat pada tahap yang awal.

Ramai warga emas mengalami kesakitan atau keperitan mata sekali-kala. Jangan tidak mengendahkan masalah ini, jumpa doktor mata dengan cepat. Kadang-kadang rawatannya memerlukan titis ubat mata. Jumpalah doktor mata untuk ubat mata yang betul. Jangan merawat dengan ubat yang dibeli sendiri kerana ubat yang salah boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk.


artikel asal di ambil di sini

Thursday, 19 September 2013

Kesan penggunaan gadget kepada mata kanak-kanak


Seorang pakar laser mata mendakwa, kadar rabun dekat dalam kalangan orang muda semakin meningkat ekoran penggunaan telefon pintar.


Pengasas Focus Clinics, David Allamby berkata, terdapat peningkatan sebanyak 35 peratus dalam jumlah orang mengidap rabun dekat atau myopia sejak pelancaran telefon pintar pada 1997. Beliau memberi amaran masalah tersebut akan meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Dr. Allamby berkata, separuh daripada rakyat Britain memiliki telefon pintar dan menggunakannya selama dua jam sehari.


"Penggunaan komputer dan menonton televisyen, meningkatkan risiko merosakkan penglihatan mereka secara kekal,'' katanya.


Satu kajian baharu mendapati, purata pengguna memegang dan melihat telefon pada jarak 30 sentimeter dari muka mereka dengan sesetengah daripadanya menggunakan alat telekomunikasi itu pada jarak lebih dekat iaitu 18 sentimeter.


Dr. Allamby berkata, menonton skrin dalam jarak dekat yang melampau menyebabkan gen yang mengawal rabun dekat diaktifkan lebih awal berbanding usia sepatutnya.


Rabun dekat biasanya tidak berlaku dalam kalangan individu berumur awal 20 tahun, tetapi kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 20-an, 30-an dan 40-an.


Dr. Allamby berkata, jika keadaan itu berterusan, beliau meramalkan 40 hingga 50 peratus mereka yang berusia 30 akan menghidap rabun dekat menjelang 2033 kerana telefon pintar dan gaya hidup di depan skrin. - AGENSI

 
sumber: http://www.utusan.com.my/


PASTIKAN ANDA MEMILIKI SPEK TERAPI IBNUSINA BAGI MENCEGAH MATA RABUN DAN SILAU.


-spek ini boleh digunakan untuk anda yang mempuyai masalah rabun jauh atau dekat

-spek ini boleh dikongsi bersama, sebaiknya setiap keluarga yang menghadapi masalah rabun memilikiya.

-membantu dan merawat masalah mata secara semulajadi, hanya memakai spek terapi selama 10-15 minit sehari, lagi lama anda memakaiya lagi cepat proses penyembuhannya.


Kepada yang berminat untuk medapatkannya, boleh terus sms kod <PMR> ke <0166274307>

atau layari facebook: penawarmatarabun



Tuesday, 12 March 2013

JANGAN ROSAKKAN MATA

Anda gemar memakai contact lens?
 
Trend remaja masa kini suka bergaya dengan pelbagai cara dan paling terkini...bergaya dengan mata. Hari Isnin bju biru mata biru, hari Selasa baju hijau mata hijau, hari Rabu baju coklat mata coklat...begitulah lebih kurangnya....
 
 
 
 
Tahukah anda memakai contact lens secara "suka-suka" ini akan menjadi trajedi yang paling malang sekali dalam kehidupan sekiranya anda menggunakannya tanpa peraturan yang betul. Kenapa bergaya hanya sekadar untuk menarik perhatian orang sedangkan kita tanpa sedar dalam proses merosakkan pancaindera yang sangat mahal dan berharga ini. Bayangkan tiba-tiba anda bangun pagi mata kabur...perlahan-perlahan mata makin kabur...makin kabur dan terus pandangan anda menjadi gelap gelita...tiada lagi cahaya yang menembusi retina anda. Segalanya telah menjadi gelap..!
 
Penyelesaian kepada masalah mata ada pelbagai cara tanpa perlukan benda-benda yang hanya memudhortkan lagi mata. Anda tak perlu menghabiskan beribu ringgit sedangkan anda hanya perlu melabur cuma  RM60 untuk seumur hidup..

https://www.facebook.com/rawatanrabun
 
 

Monday, 25 February 2013

BEBAS DARI KACA MATA DAN CONTACT LENS

Siapa nak BEBAS !!!
dari spek mata / contact lens..
KLIK sini >>>>http://on.fb.me/X4Ztei

**********************************************************************
Apa kata pengguna IBNUSINA EYEWEAR:


 
 
 
 
 
Alhamdulillah .. power mata sy dah turun .. sebelah kanan turun 50 sebelah kiri turun 75 .. skang power mata sy sebelah kiri 200, sebelah kanan 250 .. alhamdulillah ....
 - Aini Rahman (Kepong)

Monday, 4 February 2013

Kenali masalah mata dan penglihatan



MATA adalah organ deria dan anugerah Allah yang besar ertinya kepada manusia. Pasti kita semua tidak mahu dilahirkan tanpa penglihatan kerana apalah ertinya kehidupan jika tidak dapat menikmati segala keindahan alam dan paling penting tanpa MATA kita pastinya sukar untuk melakukan aktiviti kehidupan. Namun jika telah ditakdirkan buta, kita perlu pasrah dan REDHO kepada ujian yang telah ditentukan pada kita. 

Antara tugas mata selain proses penglihatan adalah keupayaan membezakan warna dan keupayaan merangsang tindak balas pantas atau spontan lain iaitu tindak balas okulomotor iaitu keupayaan sistem penglihatan merangsang pergerakan otot-otot lain untuk bertindak balas, umpamanya untuk mengelak atau memegang sesuatu.

Ketajaman penglihatan

Dalam ujian ketajaman penglihatan, dua aspek utama proses
penglihatan iaitu rekognisi (pengecaman objek) dan resolusi (kebolehan melihat secara terperinci objek yang diukur).

Dalam bahasa biasa, ketajaman penglihatan adalah istilah untuk menerangkan jarak antara dua objek terpisah tapi masih dapat dilihat sebagai dua objek berbeza.


Faktor-faktor yang mempengaruhi ketajaman penglihatan adalah:

* Faktor optikal
* Penyakit mata
* Masa pendedahan imej (iluminasi, ke cerahan stimulus, masa dedahan)
* Faktor fizikal seperti saiz objek dan jarak 
* Kerabunan

Ujian ketajaman penglihatan amat penting untuk dijadikan indeks rujukan maklumat tentang kualiti sistem penglihatan seseorang individu.


Oleh itu, segala faktor yang boleh mempengaruhi ketajaman penglihatan perlu dikenal pasti, diawasi dan diatasi.

Kabur penglihatan

Kabur penglihatan merupakan salah satu simptom yang paling kerapdilaporkan oleh kebanyakan pesakit yang mengalami masalah gangguan fungsi penglihatan.

Kabur biasanya berlaku apabila imej dari objek yang dilihat tidak difokuskan dengan tepat pada retina. Selalunya kerabunan berkait rapat dengan masalah kecacatan refraksi (refractive error). Kecacatan refraksi berlaku apabila imej yang terbentuk pada sistem optikal mata tidak dapat difokuskan pada retina atau kualiti imej yang terbentuk tidak memuaskan.


Rabun dan masalahnya

Kerabunan adalah satu keadaan fisiologi di mana sistem pembiasan mata tidak dapat fokus kepada sesuatu objek dengan tepat pada retina. Ia adalah satu kecacatan fisiologi dan bukan disebabkan oleh penyakit.  Dalam istilah perubatan ia dipanggil ralat refraksi. Selalunya kecacatan ini hanya boleh dibetulkan dengan menggunakan alat bantuan penglihatan seperti cermin mata atau kanta lekap. Sehingga kini, tiada lagi kaedah klinikal yang betul-betul selamat dan berkesan untuk pembetulan ralat penglihatan selain cermin mata atau kanta lekap.

Teknologi terbaru untuk pembetulan kerabunan adalah dengan rawatan LASIK. Selalunya kaedah LASIK berkesan untuk masalah rabun jauh yang agak tinggi (4.00 ke atas) untuk pesakit yang melebihi umur 20 tahun tapi tidak pada kanak-kanak sekolah.

Terdapat beberapa jenis kecacatan refraksi yang biasa terjadi


Punca kerabunan
* Rabun jauh
* Rabun dekat
* Rabun astigmatism
* Rabun orang tua


Tanda-tanda dan simptom kerabunan
1) Kabur penglihatan sama ada jauh atau dekat
2) Suka mengecilkan mata waktu melihat objek jauh
3) Silau pada tahap cahaya yang biasa
4) Kesukaran penglihatan ketika memandu
5) Cepat mengantuk
6) Mata berair
7) Mata merah dan perit
8) Pening 

Tanda-tanda dan simptom di atas kadangkala boleh berlaku serentak dan akan menurunkan produktiviti dan prestasi kerja. 
Selain itu ia boleh menyebabkan seseorang yang mengalami mana-mana masalah di atas terasa cepat bosan semasa bekerja, hilang tumpuan dan malas.

Kesan kerabunan ini ketara pada pelajar sekolah dan boleh 
menjejaskan prestasi pembelajaran. Penurunan prestasi pembelajaran boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti disiplin di sekolah. Sebagai ibu bapa, adalah dinasihatkan agar mereka mengambil tahu masalah kesihatan mata dan penglihatan anak-anak.

Apa saja yang mengganggu fungsi normal struktur mata akan menjadi punca masalah kabur penglihatan. Sebarang kekaburan perlu dicari puncanya dan dirawat secepat mungkin.


RAWAT MATA RABUN ANDA SEGERA!






BERTINDAK SEGERA UNTUK MATA ANDA....hubungi saya untuk  harga ISTIMEWA


KEJAYAAN  KITA ADALAH BERKAT PENGORBANAN IBU DAN BAPA



KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING