Tuesday 5 November 2013

MATA JULING

Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua belah mata tidak selari. Mata yang tidak melihat dengan baik juga boleh menjadi juling. Ia boleh terjadi sewaktu lahir, peringkat kanak-kanak atau dewasa.
 
 
Juling yang berlaku pada orang dewasa biasanya disebabkan oleh penyakit vaskular seperti diabetis (kencing manis) atau darah tinggi yang menyebabkan gangguan pada sistem saraf mata. Juling pada kanak-kanak biasanya disebabkan oleh kerabunan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengidap sejenis kanser mata (retinoblastoma) boleh menjadi juling.
 
Gambar menunjukkan kanak-kanak yang juling
 
 
JENIS-JENIS MATA JULING
 

Gambarajah menunjukkan jenis-jenis juling yang berlainan



TANDA-TANDA DAN GEJALA

Bagi individu yang mengalami juling, mata mereka kelihatan samada menjeling ke dalam atau keluar. Sesetengah mereka mengalami gejala kabur penglihatan atau penglihatan berganda.
 
KOMPLIKASI
 
Kanak-kanak yang mengalami juling perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar oftalmologi dengan teliti untuk memastikan punca atau penyebab juling. Seterusnya rawatan yang segera dan sesuai perlu untuk mencegah amblyopia (mata malas). Sekiranya retinoblastoma adalah penyebab juling, ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.
 
RAWATAN
 
Bagi kanak-kanak yang mengalami juling, doktor mungkin memilih rawatan terapi penutupan mata yang penglihatannya baik.Ini bagi memastikan  kanak-kanak tersebut menggunakan mata yang malas (amblyopia) untuk menguatkan tahap penglihatan mata tersebut.


Pembedahan boleh dilakukan sekiranya perlu. Ia dilakukan untuk menguatkan atau melemahkan otot mata yang mengawal pergerakkan mata supaya seimbang semula.


PENCEGAHAN
 
Kanak-kanak yang mengalami juling perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar oftalmologi dengan teliti. Adalah sangat penting penyakit juling ini dirawat seberapa segera. Sistem saraf kanak-kanak terus berkembang di sepanjang tempoh bayi membesar dan juling ini hanya boleh diperbetulkan semasa tempoh yang sensitif. Tanpa membuat apa-apa dan hanya menunggu sehingga kanak-kanak remaja /dewasa untuk mendapatkan rawatan akan menyebabkan masalah ini menjadi kekal dan tidak boleh dipulihkan semula.

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING