Sunday 26 April 2020

HIKMAH BERSAHUR


BERSAHUR

Antara nikmat dan ihsan yang Allah anugerahkan pada kita di bulan Ramadhan ini ialah makan sebelum berpuasa ataupun bersahur.

Ulama bersepakat mengatakan bersahur adalah sunat. Lihat dari segi bahasa, sahur adalah makanan yang dimakan ketika hampir waktu subuh.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa, waktu sahur bermula setelah separuh malam berlalu, dan melewatkan bersahur adalah lebih utama dengan syarat tidaklah keterlaluan sehingga mulai syak terhadap puasa itu sendiri.

Kelebihan bersahur boleh dilihat dalam banyak sabda Nabi SAW.

"Perbezaan antara puasa kita dengan ahlul-kitab (yahudi dan nasrani) adalah bersahur. Mereka tidak bersahur."

"Bersahurlah kerana dalam bersahur ada keberkatan"

"Terdapat keberkatan dalam 3 perkara. Berjemaah, sarid dan bersahur."

"Bersahurlah untuk mendapatkan kekuatanberpuasa dan tidurlah pada tengah hari (qailulah) untuk membantumu bangun pada akhir malam."

"Jika tiada apa-apa, maka makanlah walaupun sebiji tamar dan minumlah walau seteguk air."

Moga-moga saya dan sahabat semua dapat mengamalkannya. Berniatlah kerana Allah dan ia memberi pahala percuma untuk kita. In shaAllah.

Wallahua'alam.

*sarid: roti yang direndam dalam kuah daging dan sangat lazat.



No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING