Mata adalah antara anggota utama yang tidak terlepas daripada kesan usia, yang paling jelas merosot fungsinya selepas umur 50 tahun.
Usia emas tidak bermakna menjadi rabun atau buta, malahan ia boleh dicegah atau sekurang-kurangnya dilambatkan dengan langkah pencegahan dan rawatan terkini. Katarak, glaukoma, kemerosotan makula berkaitan usia (AMD) dan retinopati diabetik, yang paling banyak menyebabkan masalah mata dan kebutaan warga emas.
Mata merupakan antara struktur badan yang mempunyai metabolisme paling tinggi. Lebih 120 juta fotoreseptor mata berfungsi setiap milisaat dan tidak berhenti selagi mata dibuka untuk melihat. Begitu banyak salur darah halus membolehkan metabolisme tinggi ini berterusan dan mata terus melihat.
Tahap kesihatan mata juga dapat menjadi penunjuk kepada tahap kesihatan badan seseorang.
Oleh itu, adalah dinasihatkan pemeriksaan berkala untuk mata perlu dimulakan dari umur 40-an, atau lebih awal lagi dan bukan hanya diperiksa selepas masalah penglihatan mula timbul.
Struktur mata terbina daripada beberapa bahagian berbeza seperti kornea, iris, kanta, retina, saraf optik, makula dan salur darah halus . Kehilangan penglihatan mungkin boleh dirawat atau tidak, bergantung kepada struktur yang terjejas. Oleh itu pengesanan awal dan langkah pencegahan adalah sangat penting.
PUNCA-PUNCA MASALAH MATA
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan masalah obesiti atau kegemukan menjadi punca kepada kebanyakan penyakit.
Perangkaan terbaru juga menunjukkan semakin ramai golongan muda negara ini (di bawah umur 40 tahun) yang menghidap diabetes jenis kedua, seawal umur 20-an lagi. Gejala ini akan membawa kepada komplikasi salur darah halus (mikrovaskular) yang banyak terdapat pada mata. Retinopati diabetik merupakan punca utama kebutaan yang boleh dicegah dan mungkin menyebabkan pesakit buta seawal usia 30-an.
Paras gula yang tidak terkawal, terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia) dan tempoh menghidap diabetes (lebih lama lebih bahaya) menentukan risiko menghidap retinopati diabetik.
Diabetes juga boleh membawa kepada komplikasi makulopati diabetik (pengumpulan lemak di dalam mata yang menyebabkan bengkak pada makula) dan glaukoma atau peningkatan tekanan pada mata.
JENIS-JENIS MASALAH MATA
1. Katarak
Punca utama kebutaan masyarakat dunia ialah katarak yang menyebabkan kanta mata (yang jernih) menjadi legap sehingga cahaya tidak dapat sampai ke retina.
Katarak tidak boleh dicegah tetapi boleh dirawat. Walaubagaimanapun amalan pemakanan dan cara hidup sihat dikatakan mampu melambatkan proses terjadinya katarak.
Antara tanda ialah penglihatan menjadi kabur secara beransur-ansur dan tidak boleh dibetulkan dengan cermin mata.
Pesakit diabetes juga berisiko mendapat katarak lebih muda (sekitar umur 45 tahun). Mereka juga mungkin mengalami katarak gula (mata tiba-tiba kabur) akibat pengumpulan terlalu banyak gula dalam mata. Dengan teknologi terkini, pembedahan katarak menjadi lebih selamat, mudah dan proses pemulihan penglihatan juga menjadi semakin singkat.
2. Glaukoma
Keadaan di mana berlakunya kemerosotan fungsi saraf optik yang menyebabkan medan penglihatan semakin sempit seterusnya kebutaan kekal, di mana tekanan mata yang tinggi adalah penyebab utama berlakunya masalah ini.
Ujian saringan penglihatan oleh individu terlatih amat penting apabila melangkaui umur 40 tahun, terutamanya jika mempunyai sejarah keluarga dengan masalah tersebut.
3. Kemerosotan Makula Berkaitan Usia (AMD)
Merupakan punca kedua utama kebutaan dunia. AMD adalah penyakit kemerosotan retina yang memberi kesan kepada makula, iaitu bahagian paling sensitif dalam mata yang membolehkan kita melihat sesuatu secara terperinci.
Pesakit AMD juga selalunya hanya dapat dikesan pada peringkat lewat iaitu bila penglihatan terjejas kerana pada peringkat awal pesakit tidak mempunyai tanda-tanda yang nyata. Pesakit AMD mungkin mengalami kesukaran dengan tugas visual seperti membaca, menentukan masa, mengenali muka dan memandu.
Berbanding katarak yang lebih mudah dikesan, glaukoma, retinopati diabetik dan AMD yang menjejaskan bahagian belakang mata boleh dikesan melalui ujian saringan yang kini terdapat di kebanyakan hospital dan klinik sama ada kerajaan ataupun swasta.
PENCEGAHAN AWAL
Walaupun kini terdapat teknologi moden yang dapat membantu rawatan penyakit-penyakit mata tersebut, pilihan utama tetap kepada pencegahan bagi mengekalkan struktur dan fungsi semula jadi mata. Dianggarkan lapan juta penduduk dunia melebihi umur 55 tahun menghidap AMD, dengan 1.3 juta daripadanya akan membentuk AMD yang teruk jika tidak dirawat.
Beberapa kajian yang telah dan sedang dijalankan menunjukkan peranan antioksidan, zink dan asid lemak omega-3 memberi kesan positif dalam mengurangkan risiko dan melambatkan pembentukan AMD.
Selain pemeriksaan berkala, pencegahan dengan pengambilan antioksida dapat membantu mengurangkan kandungan radikal bebas di dalam badan, terutamanya pada mata.
Kajian menunjukkan pengambilan diet kaya dengan vitamin E dan zink mungkin bermanfaat dalam mengurangkan risiko AMD, sehingga 35 peratus jika ditambah vitamin C dan beta karotin.
Dipercayai lutein meningkatkan kepadatan pigmen optikal makula mata dan meningkatkan ketajaman penglihatan jarak dekat dan sensitiviti kontras. Gabungan lutein dan zeaxanthin juga didapati dapat memberi kesan perlindungan mata daripada AMD.
Berdasarkan beberapa kajian, pengambilan bersama asid lemak omega-3 (seperti DHA, EPA), lutein dan zeaxanthin mungkin lebih berkesan menurunkan risiko AMD. Oleh itu, pengambilan suplemen tambahan tertentu mungkin membantu untuk melindungi mata dari kesan peningkatan usia.
Pencegahan awal adalah langkah terbaik supaya tidak memudhoratkan diri anda dan orang yang anda sayangi !
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Showing posts with label KESAN PENYAKIT DIABETES TERHADAP KESIHATAN MATA. Show all posts

Monday, 4 November 2013
Thursday, 26 September 2013
KESAN PENYAKIT DIABETES TERHADAP KESIHATAN MATA
Isu pemeliharaan penglihatan perlu ditekankan terutamanya di kalangan bapa (dan juga ibu) yang menghidap diabetes. Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat 63,000 individu buta dan 53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia.
Antara punca utama masalah ini ialah penyakit diabetes yang boleh memberi kesan sampingan buruk kepada mata. Penyakit diabetes ialah penyakit sistemik di mana badan tidak dapat mengawal kandungan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.
Peningkatan paras gula dalam darah juga memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai retinopati diabetis.
Kesan
Kesan masalah buta akibat penyakit diabetes sangat besar. Kebanyakan pesakit tergolong dalam peringkat usia yang produktif dan mempunyai tanggungjawab besar menyara hidup serta keluarga masing-masing.
Kehilangan penglihatan pada peringkat ini boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja kerana tidak mampu melakukan tugas dengan berkesan. Ini seterusnya akan menjejaskan ekonomi dan dinamik keluarga pesakit.
Impak negatif ini juga secara langsung membantutkan pembangunan dan ekonomi negara, terutamanya dengan kehilangan tenaga kerja di peringkat paling berpotensi dan produktif dalam hidup mereka.
Kerajaan pula terpaksa menanggung kos perubatan dan kebajikan pesakit ini.
Oleh kerana impak negatif ini, kebutaan akibat diabetes perlu dicegah!
Pencegahan boleh dilakukan dengan memastikan pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata secara berkala.
Pengesanan masalah mata di peringkat awal membolehkan doktor mata memberi rawatan sewajarnya mengikut keadaan pesakit.
Pemeriksaan mata
Retinopati diabetis adalah penyebab utama kebutaan baru di negara maju dan membangun.
Kemungkinan seorang pesakit diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding individu sihat tetapi boleh dielakkan jika dikesan serta dirawat dari awal.
Sekitar 2006 dan 2007, jumlah pesakit diabetes di negara kita meningkat kepada 14.5 peratus daripada 8.3 pada 1996.
Didapati kadar komplikasi paling lazim akibat diabetes adalah ke atas saraf (58 peratus) dan mata (53 peratus). Selepas lima tahun seseorang itu disahkan menghidap diabetes, 14 peratus daripada pesakit didapati menghidap retinopati diabetis.
Namun, didapati hanya tiga hingga 20 peratus pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata berkala.
Ini menunjukkan 80 peratus lagi pesakit diabetes yang tidak menjalani pemeriksaan mata berdepan risiko menjadi buta akibat retinopati diabetis.
Tanpa disedari
Kajian Kementerian Kesihatan pada 2002 untuk menyaring kesan penyakit diabetes ke atas mata melalui gambar retina di tujuh buah hospital di tujuh negeri memperoleh keputusan membimbangkan.
Daripada 6,288 pesakit diabetes, 38 peratus (2,138 orang) mengalami retinopati diabetis tanpa disedari.
Jika fakta ini diunjurkan kepada semua pesakit diabetes yang berjumlah hampir 3.7 juta (14.5 peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia), bermakna kira-kira 1.4 juta pesakit menghidap retinopati diabetis tanpa disedari kerana tidak menjalani ujian saringan daripada doktor mata.
Fakta ini membimbangkan dan juga menyedihkan kerana pengesanan awal membolehkan kita mencegah kebutaan retinopati diabetes melalui rawatan laser atau pembedahan.
Bagaimanakah keadaan mata pesakit yang mengalami retinopati diabetis? Gambar mata pesakit diabetes menunjukkan contoh pendarahan di dalam retina mata pesakit yang tidak menjaga pemakanan.
Pesakit berkenaan juga menghidap darah tinggi, paras lemak tinggi dalam darah dan dia juga seorang perokok tegar. Semua faktor ini meningkatkan lagi risiko mendapat retinopati diabetis yang teruk.
Gambar tersebut menunjukkan perdarahan pada retina yang berlaku di dalam mata seorang pesakit diabetes yang tidak mengawal gula di dalam darah. Kebocoran lemak di tengah retina menyebabkan gangguan penglihatan.
Komplikasi sampingan
Satu fakta penting yang perlu diketahui pesakit diabetes ialah jika retinopati diabetis berlaku, besar kemungkinan pesakit itu juga mengalami masalah kerosakan buah pinggang yang dipanggil nefropati diabetis.
Ini penyebab utama kegagalan buah pinggang tegar yang memerlukan dialisis seumur hidup.
Oleh itu jika pesakit diabetes didapati menghidap retinopati diabetis, pemeriksaan air kencing perlu dilakukan segera untuk mengesan nefropati diabetis.
Pada peringkat awal, pengambilan ubat dapat mencegah kegagalan buah pinggang tegar.
Kesedaran masyarakat, terutama pesakit diabetes, dan doktor yang merawat mengenai kepentingan penyaringan mata sangat penting.
Menjadi kewajipan pesakit untuk menjalani pemeriksaan mata dan menyebarkan pengetahuan ini kepada pesakit lain supaya lebih ramai menjalani pemeriksaan untuk mengelakkan kehilangan deria penglihatan.
Apa yang perlu dilakukan pesakit? Tentukan mata anda diperiksa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
Kepada pengamal perubatan pula, patuhi jadual pemeriksaan mata pesakit seperti disarankan.
Pesakit diabetes boleh dirujuk untuk pemeriksaan retina di klinik mata atau pusat kesihatan yang ada kemudahan kamera retina.
Kepada pesakit diabetes, ingatlah bahawa:
*kemungkinan anda menjadi buta adalah 25 kali ganda daripada orang sihat
*walaupun anda dapat melihat dengan jelas, tidak bererti tiada kerosakan pada retina mata anda
*kerosakan retina mungkin bererti kerosakan buah pinggang yang boleh dikesan awal dengan ujian air kencing
*kerosakan awal buah pinggang dapat dirawat dan ini turut mencegah berlakunya kegagalan buah pinggang tegar yang memerlukan dialisis yang juga memerlukan belanja besar dan mengganggu kualiti hidup anda
Jika anda menghidap diabetes melebihi lima tahun, di samping mempunyai masalah tekanan darah tinggi, merokok, paras lemak tinggi dalam darah dan kawalan gula darah yang tidak sempurna, risiko mendapat kerosakan retina adalah tinggi.
Jangan berlengah, minta dirujukkan ke klinik mata dengan segera! Bersama kita memelihara penglihatan sebelum mata menjadi buta.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Masalah juling antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, ha...
-
Al-Quran apa pun sama sahaja...yang penting nak baca atau...? Ya, benar.Tak dinafikan. Ada orang tak kisah bagaimana jenis Al-Quran sekali p...
-
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat ...