Thursday 26 September 2013

Perlukah saya membuat pemeriksaan mata?

Penglihatan adalah deria yang amatlah penting. Betapanya susah untuk melaksanakan kehidupan harian kita tanpa penglihatan. Lagipun, kebanyakan penyakit mata tidak akan menunjukkan apa-apa kesan ke-atas penglihatan kita sehingganya terlewat. Pada masa itu, kemungkinan terlewat untuk menyelamatkan mata kita.

Sebab itu, adalah sangat penting untuk menjalani pemeriksaan mata kesihatan untuk mengesan masalah mata serius yang kebetulannya boleh dan senang dirawat pada peringkat yang awal.

Kalau saya mengalami kekaburan mata?

Kekaburan mata disebabkan oleh banyak penyakit mata seperti
  • Katarak (selaput mata)- rawatan awal lebih efektif dan selamat
  • Penyakit permukaan mata (seperti penyakit kornea) juga menyebabkan kekaburan mata
  • Infeksi mata (jangkitan kuman)
  • Penyakit retina (seperti : Retinopathy kencing manis, ARMD, Urat lekang)
  • Penyakit urat saraf
  • Rabun mata - boleh dibetulkan dengan cermin mata, kanta sentuhan mata. Pembedahan laser juga boleh dilakukan tetapi seseorang boleh mengalami komplikasi serta kemerosotan kualiti penglihatan selepas prosedur ini.


Walaupun saya masih muda?

Bayi dan kanak-kanak muda juga boleh mengalami masalah mata. Bayi boleh dilahirkan dengan katarak atau glaukoma. Ini memerlukan rawatan kecemasan untuk menyelamatkan penglihatan mereka serta mengelakkan kekal buta sepanjang umur hidup.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan boleh mengalami Retinopathy of pematurity. Kanak-kanak muda boleh mengidapi penyakit rabun mata yang boleh menyebabkan mata malas (ambliopia) kalau rawatan ditangguhkan.

Mata juling boleh terjadi, dan sesetengah barah mata boleh dikesan semasa zaman muda juga. Kanak-kanak muda yang mengalami masalah penglihatan menyebabkan persepsi dunia mereka kabur dan ini akan menyebabkan masalah pembelajaran.

Jadi, adalah sangat penting untuk kanak-kanak diperiksa untuk rabun mata serta penyakit mata oleh seorang pakar mata sebelum ianya terlewat.

Walaupun saya lebih tua? 
Selepas umur empat puluhan, penyakit mata lebih lazim. Glaukoma ialah sejenis penyakit yang “mencuri penglihatan” tanpa anda merasakannya pada peringkat awal. Bahagian lingkaran penglihatan biasanya hilang dahulu. Jadi hanya selepas penglihatan pusat menjadi gelap, barulah masalah disedari. Pada masa itu, adalah terlalu lewat untuk menyelamatkan penglihatan anda.

Presbyopia adalah sejenis rabun selepas umur 40 tahun. Anda akan mengalami kekaburan penglihatan bila memandang huruf kecil pada jarak yang dekat seperti semasa membaca. Untuk mengelakkan keletihan dan keperitan mata, sila rujuk kepada doktor mata anda untuk preskrispi yang betul.

Katarak atau selaput mata juga berkaitan dengan peningkatan usia. Jangan menganggap penglihatan yang kabur sebagai takdir usia kerana sebenarnya, selaput mata boleh dirawat dengan teknologi terkini dan anda boleh menikmati penglihatan yang baik walaupun usia kita meningkat. Sila menjalani pemeriksaan doktor mata untuk mengetahui samada anda mengidapi apa-apa penyakit mata yang boleh dirawat pada tahap yang awal.

Ramai warga emas mengalami kesakitan atau keperitan mata sekali-kala. Jangan tidak mengendahkan masalah ini, jumpa doktor mata dengan cepat. Kadang-kadang rawatannya memerlukan titis ubat mata. Jumpalah doktor mata untuk ubat mata yang betul. Jangan merawat dengan ubat yang dibeli sendiri kerana ubat yang salah boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk.


artikel asal di ambil di sini

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING