Showing posts with label cellmaxxlangat. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017
DOSA FITNAH
Kisah seorang yang telah memfitnah seorang ulama. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.
Lalu ulama itu berkata.."Dengan syarat..Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam..Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis"
Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu..Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya sehinggalah ingga tiba di masjid.
Dia berjumpa dengan ulama tersebut.
"Wahai habib..Aku telah buat seperti yang tuan suruh..Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi..Apakah tuan telah memaafkan saya"
Ulama itu berkata.."Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa padaku esok"
Orang itu bertambah pelik..Tadi suruh buang..Ini suruh ambil kembali..Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.
Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan..Saya hanya mampu kutip 2..3 helai sahaja daripada banyak yang aku buang..Semua telah diterbang angin entah ke mana"
Lalu habib itu berkata."BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku..orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana..Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya..ia tersebar... Terus tersebar"
"Aku maafkan kamu.. Bertaubatlah.. Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan"
Itulah dosa yang jaariah..Dosa fitnah terus berjalan di saat ia tersebar dan tersebar.... Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.
Pada si pelaku... Usahalah..Temuilah orang-orang yang telah kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.
#Selamat bermuhasabah.
Wednesday, 31 May 2017
KENAPA KITA SAKIT
Kenapa kita jatuh sakit dan kenapa ia sentiasa berulang ulang ?
Sakit itu ujian dari Allah SWT. Bukanlah sakit yang perlu dipersoalkan tetapi bagaimana penerimaan kita apabila Allah tarik semula nikmat kesihatan yang telah diberikan. Adakah kita hanya redho sahaja tanpa berikhtiar ? Sesungguhnya apabila sabar dan berikhtiar untuk sembuh semuanya ada ganjaran pahala di sisi Allah.
Dalam keadaan biasa, seseorang yang sakit adalah disebabkan:
1. Jangkitan Virus
2. Sel sel yang mati lebih banyak dari sel sel yang baru. (Faktor usia bila usia meningkat kurang sel di keluarkan dan juga keadaan dalam badan kita yang di penuhi lemak@kolesterol)
3. Kematian sel pada peringkat pra matang ( Ini di sebabkan tekanan hidup, kerja dan gaya hidup (pemakanan@tiada senaman), Radiasi (Telefon, pencawang elektrik, sebagainya), Radikal bebas)
4. Nutrisi/zat/vitamin yang tidak seimbang dan cukup
BAGAIMANA CELLMAXX MEMBANTU?
============================
1. Konsisten minum cellmaxx di samping ubatan yang disarankan doktor. Penggunaan CELLMAXX meningkatkan 40% keaktifan NK sel.
Apa itu NK sel?
NK sel yang bertindak seperti polis yang memantau dan membuat rondaan dalam badan kita. Jika ada bendasing/virus/sel kanser, NK sel dapat mengesan dan membunuh virus/sel kanser dengan lebih berkesan.
2. Cellmaxx membantu untuk mengatasi masalah sel-sel yang mati lebih banyak dari sel-sel baru yang dihasilkan.
Selepas 1 jam minum cellmaxx, terbukti oleh jurnal perubatan dan ujian klinikal bahawa 3-4 juta sel sel baru dikeluarkan degan 1 sachet penggunaan. Ini meningkatkan jumlah sel-sel baru yang aktif dan sihat.
Lebih banyak sachet cellmaxx lebih banyak sel-sel baru dapat dirembeskan oleh sum sum tulang. Stem sel yang dirembeskan oleh sum sum tulang tidak akan habis kerana yang dirembeskan adalah duplikasi dan sel sel yang baru yang tidak digunakan akan kembali kepada sum sum tulang. Sistem tubuh kita sudah di atur oleh Allah sedemikian rupa.
Keseluruhan tubuh kita ini asal dari sel sel, dan kumpulan sel sel membentuk tisu, seterusnya membentuk organ dan sistem dalam tubuh kita.
3. Cellmaxx mengandungi 64 nutrisi dan kadar penyerapan sehingga 95% oleh badan. Tanpa cellmaxx untuk dapatkan 64 nutrisi lengkap anda mungkin terpaksa makan pelbagai jenis makanan atau bermacam jenis vitamin. Anda terpaksa beli berbotol-botol vitamin. Kadar penyerapan cellmaxx ke dalam tubuh adalah 95%. Apabila penyerapan tinggi sudah pasti badan@sel menerima nutrisi yang cukup dan hanya 3%-5% sahaja dikeluarkan dari badan. 😀😀
Sebenarnya tiada dos tertentu untuk menggunakan CELLMAXX bergantung kepada keadaan kesihatan, kemampuan kita untuk hadapi healing crisis dan yang utama ialah kemampuan poket kita.
Tiada tempoh masa dan tahap tindakbalas berbeza bagi setiap org. Yg paling penting KONSISTEN guna cellmaxx samada 1/2 sachet atau 2 sachet sehari atau selang sehari penggunaan.
* Di sarankan minimum 1 sachet sehari untuk hasil yang optimum dan cepat.
* Biasanya untuk 1 cawan guna 1/2 air atau gelas 1/3 air supaya rasa manis supaya rasa peach di dalam cellmaxx tidak hilang.
* Boleh dicampur dengan susu@air buah@madu
* Tidak boleh guna air panas dan suam.
* Jarakkan 2-3 jam dengan ubat hospital
* Di sarankan stop supplement lain kerana apabila kita guna 2 atau 3 supplement serentak kita tak dapat menentukkan tindakbalas tu dari supplement A atau B atau C.
* Kurangkan/berhenti minum minuman berkafein
* Banyakkan rehat dan minum air kosong untuk 1-2 minggu penggunaan.
* Jika selepas minum Cellmaxx, ada rasa mengantuk...ambil masa untuk tidur dan jangan lawan rasa mengantuk.

Untuk pertanyaan/belian:
Sunday, 28 May 2017
JADUAL RAMADHAN
Terima kasih kepada mereka yang mencipta cadangan Jadual Ramadhan ini .
JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.
4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.
4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat 2 rakaat.
•Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat.
•Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 2 rakaat.
•Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6. Baca dan tadabburlah al- Quran.
7. Berzikir.
5.15 PAGI
1. Makan sahur
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.
5.30 PAGI
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2. Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran.
10.00 PAGI
1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.
12.45 tengahari
1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3. Solat Zohor berjemaah.
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.
4.00 PETANG
1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3. Solat Asar berjemaah.
4. Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.
5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 PETANG
1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.
8.00 MALAM
1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر, seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.
11.00 MALAM
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari .
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur.
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.
Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALLAH sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA, DITAMBAH REZEKI JIKA BERSEDEKAH dan BEBAS DARI NERAKA. Juga berdoalah semoga sama-sama kita bertemu dengan Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Boleh dijadikan panduan untuk saya dan sahabat-sahabat semua mengikut kesesuaian waktu masing-masing.
*Selamat merancang amalan Ramadan Kareem*💐
*Moga diberi Allah SWT kekuatan untuk istiqamah melaksanakan sebaik-baiknya. Allahuma Aameenn....

Saturday, 27 May 2017
ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
Adab menjadi kunci kejayaan dalam kehidupan. Tanpa adab seorang murid itu akan hilang rasa hormat pada guru yang telah memberikannya ilmu.
Inilah beberapa adab semasa menuntut ilmu:
1- Adab ketika belajar adalah rahsia keberkatan ilmu
2- Ilmu yang berkat adalah yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain
3- Para fuqaha mujtahid contoh terbaik mereka yang berkat ilmunya
4- Rahsia mereka adab dengan ilmu,guru,madrasah dan peralatan
5- Guru yang beradab melahirkan murid yang beradab
6- Imam Abu Hanifah tidak akan tidur atau duduk hal keadaan kakinya melunjur ke rumah gurunya Hammad
7- Imam Malik tidak akan membaca kitab hadis melainkan beliau akan mandi, mewangikan majlisnya dengan asap wangian dan duduk dalam keadaan wibawa
8- Imam Malik tidak akan bangun dari majlis hadis walaupun untuk menyambut seorang raja
9- Imam Shafii begitu berhati -hati menyelak helaian kitab dengan perlahan kerana tidak mahu bunyi selakan itu akan menganggu gurunya
10- Imam Ahmad tidak pernah lupa mendoakan gurunya Imam Shafii setiap kali solat

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW
1. PANDANGAN MATA👀
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. ✔MINUM TANGAN KANAN🖐
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. ❌Iblis minum dengan tangan kiri.
4.✔ SESAAT DI JALAN ALLAH👣
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN👠
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. ✔MAKAN TIGA JARI👌
RASULULLAH SAW makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang ✔yang memberi salam sebelum masuk rumah,✔ orang yang keluar ke masjid dan✔ orang yang keluar ke jalan Allah.
8.✔ GUNTING BULU✂
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. ❌JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN👆
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan RASULULLAH SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS👣
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu
❌orang tua penzina,❌ Raja yang berdusta,❌ orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
RASULULLAH tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK👁
Gunakan celak ISMID (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH👥
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH👨
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih karena Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
RASULULLAH SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna❌ kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
RASULULLAH SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH🍵
RASULULLAH SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesudu madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu ✔bantal
✔ minyak wangi
✔susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH🍸
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN☝🖕
❌Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz ALLAH dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS🍜
RASULULLAH SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM🍹👣
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
RASULULLAH SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu
✔ puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), ✔solat Dhuha
✔solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya..

Thursday, 25 May 2017
HIDUP DALAM MEMBERI
HIDUP DALAM MEMBERI
Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.
Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”
Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."
Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.
Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.
Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang !!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga…
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!
Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...
Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”
Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.
Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.
• Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku !
#semogabermanfaat

Wednesday, 6 November 2013
GEJALA MATA MALAS PADA KANAK-KANAK
GEJALA mata malas merupakan antara punca utama seorang kanak-kanak tidak berupaya melihat dengan baik.
Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata.
Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas.
Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.
Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Fenomena ini dikenali sebagai gejala mata malas.
Gejala mata malas ini berlaku pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata pesakit. Ia perlu dikesan pada peringkat awal dan pesakit dinasihatkan menjalani rawatan yang sewajarnya sebaik sahaja diagnosis dibuat oleh doktor pakar mata.
Rawatan awal dan konsisten amat penting bagi memastikan keupayaan kanak-kanak melihat berada pada tahap yang baik.
Punca dan Tanda-Tanda Klinikal
Antara punca gejala mata malas yang dikenal pasti ialah;
* masalah mata rabun
* perbezaan kuasa refraktif mata
* mata juling
* keabnormalan pada tisu mata
Masalah Mata Rabun
Mata yang rabun disebabkan oleh masalah hypermetropia, myopia dan astigmatism. Keadaan ini menyebabkan gejala mata malas berlaku pada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan berkesan.
Hypermetropia ialah satu keadaan apabila pesakit mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada jarak yang dekat.
Keadaan ini dikenali sebagai rabun dekat dan boleh dikesan seawal umur lima hingga enam tahun.
Mereka mungkin menulis, membaca dan menonton televisyen pada jarak yang sangat dekat.
Kanak-kanak ini perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.
Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran terutamanya ketika membaca dan menulis sebaik sahaja mereka memasuki alam persekolahan.
Myopia ialah satu keadaan dimana pesakit berupaya melihat pada jarak dekat dengan jelas tetapi mengalami kesukaran melihat pada jarak yang jauh.
Keadaan ini dikenali sebagai rabun jauh dan boleh dikesan pada usia lapan hingga sembilan tahun.
Mereka biasanya mula mengadu tidak dapat melihat dengan jelas perkara yang ditulis oleh guru di papan hitam atau papan putih yang berada di hadapan kelas sekiranya mereka duduk dalam barisan belakang.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh (myopia) kurang berisiko mengalami gejala mata malas berbanding kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia).
Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh tidak menghadapi masalah penglihatan pada jarak yang dekat. Mereka boleh membaca dan menulis tanpa sebarang kesulitan.
Astigmatism ialah keadaan struktur kornea atau permukaan mata yang berlekuk dan tidak sekata. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak melihat imej yang tidak jelas dan berpecah.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, kanak-kanak yang mengalami masalah astigmatism akan mengalami gejala mata malas.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism mengalami gejala mata malas pada kedua-dua belah mata.
Perbezaan Kuasa Refraktif Mata
Keadaan ini dikenali sebagai anisometropia atau satu fenomena di mana terdapat perbezaan kuasa refraktif di antara mata kanan dan mata kiri seseorang pesakit.
Dalam erti kata lain, kanak-kanak mengalami masalah rabun seperti yang dinyatakan di atas, sama ada rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism, mempunyai kuasa cermin mata yang berbeza di antara mata kanan dan mata kiri pesakit.
Mata yang memerlukan kuasa cermin mata yang lebih berbanding mata yang satu lagi akan melihat imej yang kabur sekiranya keadaan ini tidak dirawat.
Kanak-kanak yang mengalami situasi ini, akan mempunyai tahap keupayaan penglihatan yang tidak sama pada kedua-dua belah mata.
Pesakit akan melihat imej yang kabur pada sebelah mata sahaja dan fenomena ini dikenali sebagai mata malas.
Mata Juling
Keadaan mata juling yang berlaku secara konsisten pada sebelah mata menyebabkan berlakunya gejala mata malas.
Mata yang juling, sama ada juling masuk atau juling keluar, sebenarnya tidak melihat imej yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mata yang juling mengalami gejala mata malas.
Keadaan mata yang juling silih berganti mempunyai risiko gejala mata malas yang sangat rendah.
Juling silih berganti ialah satu fenomena di mana hanya sebelah mata yang kelihatan juling dan sebelah mata lagi kelihatan lurus pada satu-satu masa.
Dalam tempoh yang singkat, mata yang mulanya juling boleh berkeadaan lurus dan mata yang sebelah lagi pula mengalami juling.
Pesakit sebegini biasanya tidak mengalami gejala mata malas kerana dia berupaya melihat dengan jelas menggunakan hanya satu mata pada setiap masa.
Keabnormalan Pada Tisu Mata
Sebarang keabnormalan pada tisu mata pada struktur kelopak mata, kornea, kanta mata, vitreous dan retina akan menyebabkan gangguan imej yang dilihat.
Masalah kelopak mata yang jatuh (ptosis) dan sebarang kesan parut pada kornea mata sama ada akibat kecederaan atau kecacatan asal menyebabkan input visual yang kurang jelas dihantar oleh saraf mata ke otak.
Penyakit katarak kongenital, gangguan struktur vitreous dan retina juga menyebabkan masalah yang sama.
Sekiranya keabnormalan seperti yang dinyatakan di atas tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan hanya melihat imej yang kabur.
Lama-kelamaan, otak akan mengabaikan imej kabur tersebut dan menyebabkan keupayaan melihat kanak-kanak tersebut menjadi sangat terhad.
Komplikasi
Perkembangan visual penglihatan dan otak yang mengawal deria penglihatan bermula seawal usia empat hingga enam bulan.
Usia dua hingga enam tahun pula sangat kritikal untuk perkembangan deria penglihatan. Sebarang keabnormalan deria penglihatan yang dikesan sebelum usia enam tahun berpotensi tinggi untuk dirawat bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan baik, sekiranya mendapat rawatan yang sewajarnya.
Sekiranya gejala mata malas ini dikesan selepas usia 11 hingga 12 tahun, potensi untuk melihat dengan kadar yang baik amatlah terhad.
Perkara ini dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran dan fokus masa depan kanak-kanak terbabit.
Kaedah Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.
Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih.
Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit.
Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka.
Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum.
Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.
Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah.
Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas.
Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas.
Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut.
Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi.
Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu.
Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik.
Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata.
Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit.
Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit.
Salah Anggapan Masyarakat
Masyarakat amnya kurang mendapat pendedahan mengenai gejala mata malas dan kaedah-kaedah rawatannya.
Gejala mata malas boleh dirawat sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ibu bapa mengambil sikap yang proaktif sepanjang tempoh rawatan diadakan.
Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu perlu dihindari. Kanak-kanak ini akan membesar dengan tahap penglihatan yang sangat rendah dan terhad sekiranya mereka tidak menjalani rawatan yang sewajarnya secepat mungkin.
Peranan Ibu bapa
Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.
Segeralah membawa anak anda berjumpa doktor pakar mata sekiranya anda mengesyaki mereka mengalami gejala mata malas.
Rawatan yang awal dan komitmen ibu bapa yang tinggi amat penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami gejala mata malas berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas.
Mereka akan memerlukan keupayaan penglihatan yang optimum terutamanya menjelang alam persekolahan.
DR. SHATRIAH ISMAIL
Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi,
Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
Artikel Penuh: www.utusan.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ibu : Ustaz, saya penatlah, anak-anak aktif, cakap kena jerit-jerit, rumah semak. Ustaz ada ayat tak, nak bagi anak dengar cakap? Sang faq...
-
Masalah juling antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, ha...
-
BERSAHUR Antara nikmat dan ihsan yang Allah anugerahkan pada kita di bulan Ramadhan ini ialah makan sebelum berpuasa ataupun bersahur. ...