Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017

DOSA FITNAH


Kisah seorang yang telah memfitnah seorang ulama. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.

Lalu ulama itu berkata.."Dengan syarat..Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam..Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis"

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu..Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya sehinggalah ingga tiba di masjid.

Dia berjumpa dengan ulama tersebut.
"Wahai habib..Aku telah buat seperti yang tuan suruh..Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi..Apakah tuan telah memaafkan saya"

Ulama itu berkata.."Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa padaku esok"

Orang itu bertambah pelik..Tadi suruh buang..Ini suruh ambil kembali..Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.

Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan..Saya hanya mampu kutip 2..3 helai sahaja daripada banyak yang aku buang..Semua telah diterbang angin entah ke mana"

Lalu habib itu berkata."BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku..orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana..Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya..ia tersebar... Terus tersebar"

"Aku maafkan kamu.. Bertaubatlah.. Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan"

Itulah dosa yang jaariah..Dosa fitnah terus berjalan di saat ia tersebar dan tersebar.... Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.

Pada si pelaku... Usahalah..Temuilah orang-orang yang telah kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.

#Selamat bermuhasabah.

Thursday, 1 June 2017

DOA SELEPAS SOLAT SEPANJANG RAMADAN

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu RahmatMu untuk kami Ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua..

Justeru Ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah...Ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang boleh membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya 'Aziz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…Ya Rahman…Ya Rahim..

Jika ada di kalagan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalagan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalagan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalagan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalagan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha mendengar dan Maha mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat  akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya Zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jaganlah Enkau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu Ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al-Qadr….

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa  kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..


Saturday, 27 May 2017

ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU

Adab menjadi kunci kejayaan dalam kehidupan. Tanpa adab seorang murid itu akan hilang rasa hormat pada guru yang telah memberikannya ilmu.

Inilah beberapa adab semasa menuntut ilmu:

1- Adab ketika belajar adalah rahsia keberkatan ilmu

2- Ilmu yang berkat adalah yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain

3- Para fuqaha mujtahid contoh terbaik mereka yang berkat ilmunya

4- Rahsia mereka adab dengan ilmu,guru,madrasah dan peralatan

5- Guru yang beradab melahirkan murid yang beradab

6- Imam Abu Hanifah tidak akan tidur atau duduk hal keadaan kakinya melunjur ke rumah gurunya Hammad

7- Imam Malik tidak akan membaca kitab hadis melainkan beliau akan mandi, mewangikan majlisnya dengan asap wangian dan duduk dalam keadaan wibawa

8- Imam Malik tidak akan bangun dari majlis hadis walaupun untuk menyambut seorang raja

9- Imam Shafii begitu berhati -hati menyelak helaian kitab dengan perlahan kerana tidak mahu bunyi selakan itu akan menganggu gurunya

10- Imam Ahmad tidak pernah lupa mendoakan gurunya Imam Shafii setiap kali solat


Thursday, 25 May 2017

HIDUP DALAM MEMBERI

HIDUP DALAM MEMBERI

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."
Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.
Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang !!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga…

Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …

Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!
Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...

Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.

Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.

• Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku !

#semogabermanfaat







KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING