Setiap manusia mempunyai penilaian yang berbeza mengikut darjah amalannya. Orang yang biasa-biasa amalannya maka di sisi Allah juga biasa-biasa kedudukannya.
Bagi orang yang amal ibadahnya luar biasa maka pastinya kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi dan lebih dari mereka yang biasa-biasa.
Antara amalan mudah dan biasa dilakukan oleh golongan yang inginkan kemulian dan kedudukan yang utama di sisi Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT ialah:
Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Semoga kita semua dapat mengamalkannya dalam kehidupan. In shaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Masalah juling antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, ha...
-
Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti p...
-
Hukum Pakai 'Contact Lens' - Ustaz Azhar Idrus Apa tujuan pakai contact lens? Rabun-dipuji oleh syarak kerana menjaga kesihatan ...
No comments:
Post a Comment