Abimu banyak mententeramkan jiwa ummi untuk menerima kehadiran dengan tenang hati.
Sayang...percayalah ummi sangat mengharapkan kehadiranmu.. ingin ummi menyentuh dan mencium harum bauanmu ketika lahirmu nanti. Namun harapan itu terkubur sudah bersama jasad kecilmu.
Semoga kita akan bertemu suatu hari nanti. Semoga kau akan menjadi penyambut ummi dan abi di syurga nan abadi.
Terima Ya Allah...kerana KAU telah meminjamkan dia di dalam rahimku...melalui pengalaman berharga itu yang pasti takkan ummi lupa sepanjang hayat.
Memori abadi:
8 Ramadhan 1436H
25 Jun 2015 (Khamis)
Sepatutnya dijangka masuk wad pada 26/6 tapi tengah malam umi dah tumpah darah banyak sangat..penuh kain penuh bilik air..umi dah nyawa-nyawa ikan..abi umi tawakal tinggalkan abang dan kakak masa tu pukul 3 pagi semua sedang tidur nyenyak..untuk ke hospital Ampang.
Ini scan yang doktor buat, masa ni dah tak ada nadinya..
Buku pink ini adalah kenangan yang dirimu pernah ada di dalam rahim umi. Maafkan umi..
No comments:
Post a Comment