Thursday, 25 May 2017

MARHABAN YA RAMADHAN

Kabul Akhbar berkata bahawa: Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Musa as yang mana Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai Musa dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku mengampunkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap dibawah lindunganKu.

Firman Allah swt

Wahai Musa solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.

Firman Allah swt

Wahai Musa empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun untuk mereka maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat tidaklah Aku siksa mereka.

Firman Allah swt

WAhai Musa solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya iaitu ketika matahari terbenam maka Aku bukakan untuk mereka pintu pintu langit dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan.

Firman Allah swt

Wahai Musa solat Isya empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.

Firman Allah swt

Wahai Musa jika Muhammad dan umatnya berwudhu sebagaimana Aku perintahkan maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu itu dengan syurga  yang luasnya seluas langit dan bumi.

Firman Allah swt

Wahai Musa puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka yang sunat akan diberi pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap kesalahan kesalahannya apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.

Dan Firman Allah swt

Wahai Musa diantara umat Muhammad saw ada orang orang yang berdiri di atas tempat tempat tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi as dan rahmatKu wajib keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.

Begitulah betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad jika dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah.

ُاللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Wallahualam.

Salam Ramadhan untuk semua sahabat.
Maaf zahir dan batin.
Terima kasih atas persahabatan ini.

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING