Tuesday 19 November 2013

TIP PENTING UNTUK PARA ISTERI DAN BAKAL ISTERI



Isteri solehah merupakan idaman bagi setiap lelaki yang bergelar suami. Antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:

1.Membatasi pandangan hanya kepada suami. Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya, tidak membanding-bandingkan dengan orang lain serta tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain selain daripada suaminya.


2. Membataskan aktiviti-aktiviti hariannya di rumah, menghadkan masa di luar rumah kecuali apabila ada alasan syarak yang menghalalkan dia berbuat demikian.


3. Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Mahukah engkau aku beritahu mengenai isteri-isterimu yang menjadi ahli syurga? Merekalah yang penuh kasih, subur dan suka meminta maaf. Iaitu isteri yang sekiranya dizalimi, dia berkata, 'Inilah tanganku ada di tanganmu. Aku tidak akan tidur sehingga engkau redha kepadaku.'" (H.R. al-Nasa'ie)


4. Memenuhi hak-hak suami dengan baik, mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik serta memenuhi hak kedua-duanya dengan baik.


5. Berusaha supaya sentiasa tampil menarik setiap masa. Penampilannya cantik, aromanya wangi, tutur katanya lembut dan memikat dan baik tingkah-lakunya.


6. Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang tidak disukai suaminya. Isteri yang pintar tidak akan memperlihatkan kepada suaminya darah haid atau nifas, tidak muntah, tidak membuang air kecil ataupun besar di hadapan suaminya, dengan alasan tidak perlu malu-malu lagi di hadapan suaminya. Boleh jadi semua perbuatan sebegitu tidak disukai oleh suaminya.


7. Menghindari perkara-perkara yang boleh merosakkan penampilannya sebagai seorang wanita yang cantik, kerana wanita diciptakan untuk berhias cantik. 


8. Memberikan penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya.Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri, anak-anak dan rumah-tangga.Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.Sabar, berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab rumah-tangga.Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang, berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING