Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata, bersabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan"
Justeru para wanita.....bersolek dan berhiaslah kamu kerana Allah pasti kita mendapat pahala dan memagari hati suami dari maksiat, dan memenuhi seleranya. Kerana bimbang jika kita tidak berhias dan memikat hatinya orang lain pula akan berbuat demikian...(sekadar ingatan untuk diri dan anda...:)
Walaupun bersolek, berdandan, berwangi-wangian itu dibolehkan dalam Islam tetapi mestilah dalam batas syariah yang dibenarkan.
BERSOLEK DAN BERHIAS HARAM
Fitrah dan sikap kita yang suka bermake up, bergaya, berwangian tidak boleh melawan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kerana status kita adalah makluk dan hamba kepada Allah. Setingi manapun kepandaian dan kebijaksanaan kita tidak akan megubah apa-apa kerana Allah tetap PENCIPTA MANUSIA DAN SEMUA MAKHLUK di alam ini kerana itu kita perlu mengikut peraturan yang diberikan.
Bersolek dan berhias akan bertukar menjadi HARAM dan mendapat dosa bergantung kepada
- Tujuan dan Niat
"Barangsiapa dari golongan wanita memakai wangian lalu berjalan diperkumpulan orang dan mereka mencium bau wangiannya maka wanita tersebut seolah-olah telah melakukan berzina" (HR ABU DAUD, TIRMIDZI, NASAI)
***Bukanlah bermaksud wanita tak boleh memakai perfume tetapi jangan berlebihan terutama ketika keluar kerja atau keluar ke mana-mana.
- Kosmetik yang digunakan
- Berlebih-lebihan
Tak salah nak cantik asalkan tidak terjejas aurat.
ReplyDeletesharifdez.blogspot.com