Monday, 16 December 2013

PETUA MENJEMPUT REZEKI

♥ KEKAL IBADAH
Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Hadis Riwayat Ahmad)

 ♥ BANYAKKAN ISTIGHFAR
Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)


 ♥ MENINGGALKAN DOSA
Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

 ♥ LAZIMI DHUHA
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Setiap hari amalkan solat dhuha sekurang kurangnya 2 rakaat. InsyaAllah rezeki kita mudah masuk kerana solat dhuha itu diibaratkan MAGNET rezeki.

 ♥ LAZIMI AL IKHLAS
Setiap kali sblum langkah masuk dlm rmh. Kita berenti dpn pintu rmh. Ucap ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH jika dlm rmh xde org. Jika ada org, ucap salam biasa. Pastu baca QULHUWALLAHUAHAD sampai habis 3X. Baru langkah masuk rumah dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim. Ini petua Rasulullah saw bagi kat org yg dtg mengadu miskin.

 ♥ LAZIMI MENDOAKAN DAN BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

 ♥ LAZIMI BACAAN YAASIIN
Setiap pagi baca surah Yaasin. InsyaAllah rezeki kita akn dicukupkan hingga ke petang. Kalu tak tahu baca yaasin...kita dgr bacaannya pun dpt fadhilatnya.

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

 ♥ LAZIMKAN BERSEDEKAH
Lazimkan bersedekah dan berbelanja di jalan Allah. Seeloknya bersedekah di awal pagi kerana bersedekah waktu pagi meredakan murka Allah, menolak bala dan menarik rezeki. Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

Sedekah juga akan menggandakan wang kita. Allah swt berfirman, "bandingan derma orang orang yg membelanjakan hartanya pada jalan Allahialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, tiap2 tangkai tu pula mengandungi 100 biji. Ingatlah bahawa Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luaa rahmat kurnianya."...al Baqarah ayat 261

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

 ♥ LAZIMI ASMA HUSNA YA WAHHAB
Amalkan membaca Ya Wahhab 300x setiap kali slps solar fardu dan membaca 40x dalam sujud terakhir ketika solat dhuha. Rezeki datang mencurah berkat nama Allah ini.

 ♥ LAZIMI AL WAQIAH
Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya.

Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

 ♥ LAZIMI BASMALLAH BESERTA SELAWAT
membaca BISMILLAHIRROHMANIRROOHIM 313 kali ketika matahari terbit dengan
menghadap qiblat kemudian membaca selawat 100 kali, maka Allah akan memberinya rezeki yang tak terduga

 ♥ MENYAMBUNG SILLATURRAHIM
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

 ♥ MENYAMPAIKAN HAJAT ORANG LAIN (MENOLONG)
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

Seringkanlah membantu mereka yang di dalam kesusahan.

 ♥ BANYAKKAN BERSELAWAT
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

 ♥ SENTIASA BERWUDUK
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)

 ♥ HORMATI TETAMU
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali maksudnya : "Wahai Ali ! hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah seseorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh di tengah lautan."

 ♥ AMALAN MEMBACA AYAT 1000 DINAR
Surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar).

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.”
(Hadis riwayat Ibnu Jarir)

 ♥ BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Pastikan rezeki yang dicari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi pastinya akan ditanya nanti di hari Kiamat.

~Ya Allah, limpahilah kami dengan rahmatMu~
di petik dari fb: Cikgu Shaini



No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING