Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Sudah seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa. Sudah seminggu juga kita telah diuji oleh ketahanan fizikal dan mental. Bukan senang untuk membiasakan diri "tidak makan" terutamanya pada waktu-waktu yang menjadi rutin harian kita setiap hari. Alhamdulillah...bagi yang Berjaya menahan lapar dan dahaga, sungguh anda telah Berjaya melawan hawa nafsu anda kerana ramai juga di kalangan masyarakat iaitu golongan yang sepatutnya berpuasa tidak mampu meneruskan ibadah ini hingga ke petang.

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup kita. Moga-moga juga kita dapat bertemu dengan malam yang penuh dengan seribu Rahman iaitu "LAILATUL QADAR".

"Ya Allah...kurniakalah kepada kami syurga dan jauhilah kami dari api neraka, Ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maafkanlah kami dan ampunilah kami"



p/s: Jemput datang ke fb kami : https://www.facebook.com/penawarmatarabun

Comments