AZAB APABILA MENINGGALKAN SOLAT





Sembahyang akan menjadi perisai bagi mukmin memelihara dirinya dari melakukan perkara-perkara negatif seperti menipu, bercakap bohong, mencuri, menzalimi orang lain, meminum arak, berzina, berjudi dan banyak lagi.


Solat akan menterjemahkan perilaku positif dalam kehidupan manusia tetapi sebaliknya jika masih lagi melakukan dosa seperti masih berdebki dendam, membuka aurat, berzina amat dibimbangi solat yang dikerjakan hanyalah umpama kain buruk yang terkoyak rabak yang akan dicampakkan ke muka kita kelak.


Ada beberapa bentuk azab yang akan diterima apabila kita sengaja melengah-lengahkan solat atau langsung tidak mengerjakan solat. 3 ketika akan mati kelak. 3 ketika di alam kubur. 3 di akhirat.



Azab di Dunia
  • tidak akan diramati kehidupannya
  • akan hilang NUR pada wajahnya
  • tidak akan menerima pahala bagi amalan-amalan baik yang dikerjakan
  • doa-doanya tidak dimakbulkan
  • tidak akan dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh

Azab ketika hendak Mati
  • mati dalam keadaan memalukan/'aib
  • mati dalam kelaparan
  • mati dalam keadaan dahaga dan haus yang teramat sangat hinggakan jika air dalam laut di dunia ini tidak akan menghilangkan hausnya


Azab di dalam Kubur
  • akan dihimpit oleh kuburnya sehingga bercantum tulang-tulang rusuknya
  • api, dibakar dalam kuburnya dan dia akan diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam
  • ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama guruh bunyi suaranya............"Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat Zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat Asar hingga magrib, kerana melengahkan Magrib hingga 'Isya, kerana melengahkan Isya hingga Fajar. Ular itu akan terus memukulnya hinggalah tiba hari Akhirat. Setiap pukulan akan membenankannya hingga ke 70 hasta ke dalam tanah.


Azab di Padang Mahsyar/Akhirat
  • Hisabnya amat keras sekali
  • Allah SWT murka padanya
  • Dia dicampakkan ke dalam api neraka



Pesanan Nabi SAW yang disampaikan oleh Ibn 'Abbas:

"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh maka sampailah dia ke salah satu pintu kabair (dosa besar)"


Moga bermanfaat untukku dan semua...

Comments