Wednesday 7 June 2017

DOSA FITNAH


Kisah seorang yang telah memfitnah seorang ulama. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.

Lalu ulama itu berkata.."Dengan syarat..Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam..Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis"

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu..Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya sehinggalah ingga tiba di masjid.

Dia berjumpa dengan ulama tersebut.
"Wahai habib..Aku telah buat seperti yang tuan suruh..Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi..Apakah tuan telah memaafkan saya"

Ulama itu berkata.."Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa padaku esok"

Orang itu bertambah pelik..Tadi suruh buang..Ini suruh ambil kembali..Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.

Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan..Saya hanya mampu kutip 2..3 helai sahaja daripada banyak yang aku buang..Semua telah diterbang angin entah ke mana"

Lalu habib itu berkata."BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku..orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana..Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya..ia tersebar... Terus tersebar"

"Aku maafkan kamu.. Bertaubatlah.. Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan"

Itulah dosa yang jaariah..Dosa fitnah terus berjalan di saat ia tersebar dan tersebar.... Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.

Pada si pelaku... Usahalah..Temuilah orang-orang yang telah kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.

#Selamat bermuhasabah.

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING