Monday 4 November 2013

MASALAH RABUN DAN RAWATANNYA

Mata manusia berfungsi seperti sebuah kamera untuk melihat dengan jelas. Objek yang dilihat difokuskan ke atas retina. Ini dicapai melalui kuasa menumpu yang terdapat pada kornea dan kanta.

Apabila imej tidak difokuskan dengan tepat di atas retina, maka rabun terjadi. Keadaan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan ianya boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata, kanta sentuh atau kanta palsu yang di implant ke dalam bola mata.

Terdapat tiga jenis rabun mata iaitu :


1. Miopia (rabun jauh)
Imej difokuskan di hadapan retina


Gambarajah menunjukkan imej mata myopia


2. Hiperopia (rabun dekat)
Imej difokuskan di belakang
Gambarajah menunjukkan imej mata hyperopia
3. Astigmatisma (rabun silau)
Imej yang terbentuk mempunyai lebih dari satu titik fokus.

Gambarajah menunjukkan imej mata astigmatisma
TANDA DAN GEJALA RABUN
  • Myopia
:Penglihatan jauh tidak jelas, manakala penglihatan dekat sangat jelas
  • Hyperopia
:
Penglihatan jauh lebih jelas dari penglihatan dekat. Mata mudah menjadi penat jika rabun tidak dibetulkan.
  • Astigmatism
:Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna


KESAN

Rabun yang tidak dirawat pada orang dewasa boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata. Mata menjadi penat dan kadangkala boleh menyebabkan sakit kepala.

Awas! rabun di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan segera dan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).

RAWATAN
Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk miopia, hiperopia dan astigmatisma.
Rawatan bukan pembedahan:
  • Cermin mata
  • Kanta sentuh

Rawatan pembedahan refraktik:
  • Laser (LASIK)
  • Pembuangan kanta mata yang jernih dan ditukarkan dengan kanta palsu yang diletakkan ke dalam bola mata
Walaupun terdapat beberapa kaedah pembedahan untuk membetulkan rabun pada masa ini, namun bukan semua individu adalah calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut.

Anda seharusnya diperiksa secara terperinci terlebih dahulu oleh doktor mata sebelum sebarang rawatan dilakukan untuk memastikan kesesuaiannya.

🍉🍈🍐🍆🍅🍄🍇🍍🍓🍒🍏🍊

Untuk anda yang rabun, boleh juga mengamalkan cellmaxx.



Info lanjut tentang cellmaxx boleh lihat 
fb: cellmaxxlangat

atau hubungi:
www.wasap.my/60163175340

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING