KESAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN RAWATANNYA



Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya. 


Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.


Gejala dan tanda

Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:

1. Sengal-sengal mata (eyestrain)
2. Kabur penglihatan
3. Mata kering (dry eyes)
4. Ketidakselesaan penglihatan
5. Sakit kepala.
6. Simptom-simptom lain yang turut disebabkan oleh penggunaan komputer seperti sakit dibahagian tengkuk dan juga belakang badan (back and neck pain).


Semua simptom-simptom ini boleh digolongkan sebagai tanda-tanda klasik bagi sindrom penglihatan penggunaan komputer (computer vision syndrome).


Bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer ini, disiplin serta beberapa perkara perlu diberi perhatian terutama ketika anda berdepan dengan komputer atau gadget-gadget terkini seperti smartphone, ipad atau pun TV LCD anda.


1. Pencahayaan

Pencahayaan adalah amat penting di dalam menentukan keselesaan penggunaan komputer. Pencahayaan yang sesuai dapat membolehkan pengguna komputer meningkatkan tahap keselesaan serta prestasi dan juga meminimumkan gangguan serta keletihan visual (visual fatigue).

* Persekitaran yang ideal ialah persekitaran yang mempunyai tahap kecerahan yang sekata pada keseluruhan medan penglihatan pengguna komputer adalah sangat diperlukan. Lampu kalimantang (fluorescence lighting) yang terlalu terang perlu dikurangkan kecerahannya dengan mengurangkan penggunaan jumlah tiub lampu.


* Sumber cahaya yang berlebihan yang datang dari tingkap perlu dikurangkan dengan penggunaan langsir atau menggelapkan tingkap terbabit. Namun begitu, sekiranya sumber-sumber cahaya yang berlebihan berkenaan tidak dapat dielakkan, pengubahsuaian terhadap tempat kerja komputer perlu dibuat, seperti beralih ke posisi tempat yang kurang sumber cahaya yang berlebihan.

* Penggunaan penapis anti-silau juga dapat membantu mengurangkan silau dan meningkatkan kontras paparan komputer, yang berpunca daripada sumber cahaya yang berlebihan. Pemakaian  terapi IBNUSINA juga dapat membantu mengawal dan mengurangkan pantulan cahaya ke dalam mata anda.



2. Ergonomik

Di samping itu juga, suai-letak paparan komputer turut memainkan peranan dalam memberikan keselesaan terhadap penggunaan komputer. Prinsip asas seperti berikut boleh diamalkan antaranya:


* Jarak skrin paparan daripada mata supaya berada di antara 16 hingga 30 inci.

Skrin paparan berada 10 hingga 20 darjah di bawah paras mata. Dengan cara ini, simptom-simptom fizikal akibat postur yang salah dapat dielakkan, dan keselesaan penggunaan komputer juga dapat ditingkatkan.


Masalah Berkaitan Penglihatan Seseorang

1. Penglihatan Lesu (Visual Fatigue)
Penggunaan komputer yang berterusan untuk jangka masa yang lama menyumbang kepada masalah-masalah yang berkaitan penglihatan. Adalah disarankan supaya pengguna komputer berehat selepas menggunakan komputer berterusan untuk sesuatu jangka waktu :

* Merehatkan sistem akomodasi mata dengan memandang objek-objek jauh dua kali setiap jam selama satu hingga dua minit sebelum meneruskan tugasan komputer. Ini membolehkan sistem okular khususnya sistem akomodasi direhatkan seterusnya dapat menghindari masalah-masalah seperti kabur penglihatan sementara serta sengal-sengal mata yang lazim dialami akibat penggunaan komputer secara berterusan.Kepada yang memiliki terapi IBNUSINA anda boleh menggunakan masa ini untuk terapi mata anda sebentar, jika berkesempatan keluar rumah, keluarlah sebentar dan tatapilah alam sekeliling, lihat pokok-pokok yang menghijau dan lihat awan yang membiru. Allahu Akhbar !


2. Sindrom Mata Kering (Dry Eye Syndrome)
Turut menerima kesan terhadap penggunaan komputer yang berpanjangan ialah sistem lubrikasi okular di mana pengguna komputer akan kurang mengelipkan mata ketika penggunaan komputer menyebabkan air mata pra-kornea lebih cepat tersejat ke persekitaran. Ini boleh mengakibatkan rasa iritasi dan juga kepedihan mata akibat sindrom mata kering (dry eye syndrome).


* Penggunaan titisan lubrikasi seperti titisan air mata tiruan (artificial tears) yang boleh didapati di farmasi-farmasi serta prakris-praktis optometri yang berhampiran. Namun begitu, konsultasi daripada optometrist adalah penting sebelum sebarang cecair lubrikasi digunakan khususnya bagi pemakai-pemakai kanta sentuh. Ini kerana, cecair lubrikasi ini mempunyai kandungan bahan pengawet tertentu yang mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan juga merosakkan kanta sentuh yang dipakai oleh pengguna.

3. Rabun Penglihatan
Bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti miopia (rabun jauh), hiperopia (rabun dekat) dan juga presbiopia (lemah akomodasi akibat peningkatan umur), penggunaan komputer pada jangka waktu yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah terhadap sistem penglihatan.

* Disarankan supaya pengguna-pengguna komputer yang menggunakan komputer lebih daripada satu jam sehari memakai cermin mata khusus bagi penggunaan komputer (computer glasses). Buat masa sekarang, terhadap satu produk terlaris dan sangat berkualiti untuk melindungi mata anda iaitu dengan menggunakan terapi IBNUSINA.


BAGI ANDA YANG TIDAK MEMPUNYAI MASALAH RABUN... Digital Eyewear amat sesuai untuk anda dan keluarga. Ia berfungsi UNTUK MELINDUNGI MATA ANDA YANG SERING BERDEPAN DENGAN SKRIN KOMPUTER DAN GADGET-GADGET DIGITAL...



PENTING !

DIGITAL EYEWEAR hanya boleh dipakai oleh mereka  yang tidak menghadapi masalah RABUN, bagi mereka yang mempunyai masalah rabun, anda dicadangkan memiliki TERAPI IBNUSINA. Selain dijadikan sebagai pelindung mata ketika berdepan dengan komputer, ia juga dapat merawat dan mengurangkan kerabunan anda.


Untuk menjaga mata anda dari dalaman, anda juga boleh mengamalkan minum cellmaxx. 

www.wasap.my/60163175340
Info lanjut boleh baca di fb kami: cellmaxxlangat
"Lindungi dan sayangi mata Anda"

Comments