Monday 4 November 2013

Cermin Mata Kanak-Kanak


Pada masa kini, terdapat banyak pakej yang ditawarkan pada kanak-kanak di kedai-kedai Optik. Bertanyalah dengan jelas jenis cermin dan bingkai yang ditawarkan. Untuk kanak-kanak yang baru mula berjinak-jinak dengan pemakaian cermin mata dapatkan bingkai penuh (plastik atau nkel aloi) dan digandingkan dengan kanta yang berkualiti tinggi.
 

 
Kanta berkualiti tinggi mempunyai kualiti optik yang baik dan tiada distorsi. Harganya mungkin mahal sedikit daripada kanta keluaran negara China dan Taiwan, tetapi ianya akan memberikan penglihatan terbaik tanpa distorsi yang boleh menyebabkan pening.
 
 
Sekiranya anak anda mempunyai ralat yang tinggi disamping ralat astigmatisma yang lebih dari 0.50D, adalah lebih baik jika anda memilih lapisan anti-silau ataupun multicoat (harga lebih mahal berbanding dengan harga uncoat).
 
 
Sekiranya cermin mata diperlukan untuk kes-kes terapi anda boleh berbincang untuk mendapatkan cermin mata yang asas yang lebih murah harganya kerana anda mungkin perlu menukar cermin mata dengan kerap. Paling penting jangan sekali-kali mendapatkan cermin mata siappasang untuk rabun jauh dari pasar malam tanpa menjalani pemeriksaan penglihatan mata yang sempurna. Cermin mata yang tidak sempurna boleh mengakibatkan kecelaruan signal penglihatan yang sukar dibaiki. Jangan berdikit, kesihatan mata terlalu tinggi nilainya.


 
Kekerapan Pemeriksaan Mata

Bagi kanak-kanak yang baru mula memakai cermin mata, pemeriksaan susulan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan atau lebih kerap (dapatkan nasihat Optometris anda). Sekiranya tiada keperluan, adalah wajib membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan tahunan.
 
 
Pemeriksaan yang kerap dapat mengesan perubahan kuasa mata dan jika nilainya adalah signifikan anda perlu menukar cermin mata atau kanta oftalmik anak anda. Sekiranya mata memakai kuasa kanta yang kurang dari sepatutnya, mata akan mengalami stres dan kuasa ralat boleh menjadi berkali-kali ganda. Mata yang tidak mengalami stres mempunyai ralat refraksi yang lebih stabil.


 
Bagaimana hendak mengurangkan stres mata

Tips:
v  Jauhkan jarak komputer dan kedudukan anak anda darinya. Kekerapan penggunaan komputer boleh menyebabkan kuasa refraksi melonjak naik. Cuba lihat permandangan yang jauh selama beberapa saat setelah melakukan kerja komputer selama setengah jam tanpa henti.

v  Gunakan pencahayaan yang cukup terang dan baik. Jangan membaca dalam gelap

v  Betulkan kedudukan semasa membaca. Jangan meniarap ataupun berbaring semasa membaca buku. Jarak buku yang dipegang terlalu dekat boleh menyebabkan stres pada mata.

v  Sentiasa optimumkan kuasa pada cermin mata. Tukarkan kanta cermin mata apabila ada perbezaan kuasa cermin mata ketara. Jangan tunggu hingga cermin mata patah untuk diganti.
 

 

 
Penggunaan cermin mata adalah langkah dan rawatan awal untuk mencegah mata rabun di kalangan kanak-kanak. Namun, penggunaannya juga kadang-kala menjadikan seseorang terus bergantung selama-lamanya  pada cermin mata tersebut.
 
Kami ingin bantu anda kurangkan kebergantungan pada cermin mata dan sekaligus cuba untuk merawat mata anak anda secara semulajadi dan 100% selamat.
 
Penggunaan Spek terapi Ibnusina, telah terbukti mampu mengurangkan rabun, silau dan meningkatkan daya tumpuan anda. 
 
 
KLIK UNTUK LIHAT TESTIMONI PENGGUNA-PENGGUNA IBNUSINA
 
 

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING