Masalah Rabun Jauh dan Rabun dekat

RABUN antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku pada semua peringkat umur. Kini masalah rabun juga dialami kanak-kanak sebelum persekolahan. Pun begitu, usah bimbang kerana banyak cara boleh dilakukan untuk memperbaiki penglihatan.


Apakah jenis rabun?

Rabun ada dua jenis, iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas. Perkara sebaliknya berlaku pada individu yang mengalami rabun dekat iaitu objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas.



Apakah gejala kanak-kanak yang mengalami rabun jauh?

Selalunya mereka akan membaca buku pada jarak dekat dan apabila melihat objek yang jauh seperti televisyen, mereka mengecilkan kedua-dua mata supaya objek itu kelihatan lebih jelas.



Apakah punca rabun jauh?

Setakat ini tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh. Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya rabun jauh mengalami masalah sama ialah 40 peratus.



Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat. Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat.



Adakah rabun jauh sejenis kecacatan?

Tidak. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus di depannya. Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata.




Benarkah jika cermin mata selalu dipakai, `power' atau kuasa cermin mata kerap bertukar atau bertambah?

Ini tidak benar. Sebenarnya sama ada cermin mata dipakai atau tidak, kerabunan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar. Ini satu proses semula jadi yang dialami individu rabun. Penambahan tahap kerabunan berlaku sehingga mereka dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun. Oleh itu, penting cermin mata dipakai untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak rabun dan menentukan mereka mendapat melihat sejelas mungkin di sekolah.



Bolehkah faktor pemakanan mempengaruhi rabun?

Tidak dapat dinafikan, vitamin A diperlukan dalam proses biokimia di dalam retina pesakit. Namun, ini tidak bererti vitamin A dapat mengubat kerabunan, seperti dilakukan kebanyakan ibu yang memberi anak mereka makan sayur lobak merah dengan harapan kerabunan itu hilang. Ini satu usaha yang tidak memberi manfaat.



Bagaimanakah rabun jauh dirawat?

Kaedah rawatan paling mudah ialah memakai cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser atau lasik yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.



Apakah komplikasi yang mungkin dialami individu rabun jauh?

Sebilangan daripada mereka mungkin mengalami kelekangan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada koroid yang menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan di sebelah bawah.




Apakah jenis rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik?


Ini dinamakan presbiopia yang berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun. Ia disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang enyebabkan pengurangan pergerakan kapsul ketika melihat objek.



Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung. Apabila berlaku engerasan, proses ini payah dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan. Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata membaca dan harus ditukar setiap dua tahun.




Apakah yang dikatakan rabun dekat?

Apabila seseorang itu rabun dekat, otot mata mereka harus bekerja kuat untuk menfokuskan objek ke atas retina. Jika usaha ini terlalu kuat, akan terjadi tanda seperti kekaburan, sakit di atas kening dan mata yang selalu letih dan berair, terutama selepas membuat kerja yang menggunakan englihatan dekat seperti menjahit dan membaca.




Bagaimana merawat rabun dekat?

Rabun dekat dapat dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta lekap. Kadangkala ada kanak-kanak di mana kejulingan mata hilang selepas memakai cermin mata


Apakah kaitan di antara rabun dekat dan presbiopia?

Mereka yang bermasalah rabun dekat atau 'hiperopia' menghidapi presbiopia pada umur lebih muda iaitu sebelum 40 tahun berbanding mereka yang tiada masalah ini.



"Saya berumur 45 tahun dan dapat melihat jauh dengan terang tetapi apabila saya membaca, semua menjadi kabur. Adakah ini bererti saya mempunyai katarak?"





Tidak, jika seseorang itu dapat melihat objek jauh dengan mudah. Ini bererti potensi mata untuk melihat ialah 100 peratus. Seseorang yang ada katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek masih nampak kabur walaupun memakai cermin mata. untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.



Untuk yang ada masalah rabun, boleh amalkan minum CELLMAXX.






Hubungi: www.wasap.my/60163175340

Comments

  1. apa yang perlu dilakukan oleh sesorang remaja yang menghidap rabun jauh yang agak teruk, iaitu powernya mencecah 1000

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. wajib tukar spek setiap 6 bulan la eh.huhu

    ReplyDelete
  3. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat Rabun Mata

    ReplyDelete
  4. tumpang iklan ye admin .
    bagi anda yang ingin merawat masalah mata spt rabun @ silau @ katarak @ selaput @ dll yg berkaitan dgn mata , boleh hubungi sy 0179011736 ( call,sms,whatsapp,wechat,telegram)
    insyaallah,sy cuba membantu anda memulihkan mata anda.
    terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment