Tuesday 26 February 2013

Kebahgiaan itu adalah apabila kita banyak Memberi

Kata-kata ini aku petik dari ucapan Prof Muhaya yang disiarkan dalam rancangan Tanyalah Ustazah sebentar tadi. Memang benar dengan apa yang diperkatakan oleh Prof. Hidup ini perlu lebih banyak memberi supaya kita dapat merasai bahagia dan ketenangan.

Pernah tak anda rasai apabila memberikan duit atau makanan pada jiran misalnya...selepas itu mood anda automatik akan bertukar menjadi sangat baik...seronok dan tersenyum saja...inilah yang aku alami setiap kali apabila dapat bersedekah atau memberikan bantuan kepada jiran, suami atau anak-anak. 

Lazim juga aku apabila singgah ke mana-mana masjid akan bersedekah paling kurang RM1 itupun jika aku tidak temui duit yang lebih besar. Aku akan masukkan ke dalam peti masjid. Anak-anak juga aku akan berikan mereka seorang RM1 supaya mereka juga dapat bersedekah kepada masjid. 

Aku teringat kata-kata pesanan abang ipar..kenapa kita berkira untuk sedekah kepada Rumah Allah(masjid) sedangkan kalau kita di luar nak buang air kecil/besar/mandi kena bayarr..paling kurang RM0.30 tetapi bila singgah ke masjid langsung kita tidak terniat untuk meginfaqkan ke jalan Allah. Padahal kita beri duit untuk masuk ke tandas tak dapat pahala pun tapi beri untuk masjid dapat pahala di akhirat dan keberkatan hidup di dunia.


Mari sama bersedekah moga memberi keberkatan dan ketenagan dalam jiwa dan kehidupan kita

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING