Berkunjung ke Istana Negara Bertemu YDPA

Petang hari Sabtu 23 Februari 2013 melakarkan sejarah bererti buat diriku..kerana aku diarahkan oleh 'big bos' untuk ke Istana Negara membuat rawatan kepada  Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam.Ini adalah satu penghormatan yang bermakna kerana bukan senang orang kebanyakan seperti aku untuk bertemu apatah lagi beriringan dengan Tuanku Sultan walaupun sebelum ini ketika di zaman persekolahan aku juga pernah bersalaman dengan Tuanku Sultan sewaktu menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SMSB.


Untuk ke Istana aku dibawa menaikki kereta Volvo yang aku sendiri pun tak tahu model ape...yang pasti memang laju. Petang itu, aku bersama Tuanku berjalan-jalan mengelilingi istana, sungguh tak sangka Tuanku juga seorang  yang  kelakar....:)

Tuanku juga sempat menunjukkan aku potret lamanya ketika dia berusia 40 tahun..."gambar siapa ntah masa muda-muda dulu" sambil ditunjukkn lpadaku...bila ku belek-belek rupanya Tuanku...memang HENSEM! Tak hairanlah sekarang pun Tuanku masih smart dan bergaya...


Menemani YDPA berjalan kaki, menyedarkan aku betapa bertuahnya orang sebegini langsung tidak merasa hebat atau sombong pada rakyat biasa walaupun pada hakikatnya baginda boleh untuk berprotokol dengan aku. Sebaliknya Tuanku memilih untk menjadi seorang yang sederhana, mesra dan peramah. Selesai berjalan kaki, aku diajak bersantap bersama di tepi kolam renang sambil bersembang-sembang kami makan koew teow, lopeh dan murtabak.


Sebelum balik, aku  menghadiahkn IBNUSINA EYEWEAR THERAPY model POLKA kpd Tuanku sebgi kenang-kenangan....



https://www.facebook.com/rawatanrabun

Comments