Monday 12 September 2011

WARNA PALING AFDHAL@TERBAIK

Salam untuk semua....saja nak tanya apakah warna baju kegemaran anda? Mungkin ada anda yang sangat suka warna merah, hijau, biru, putih, pink, hitam, kuning dan pelbagai lagi....Adakah anda tahu warna baju yang paling baik dan disukai oleh Rasulullah SAW? Bukanlah bermaksud Nabi memilih-milih warna untuk dipakai, kerana semua maklum Nabi SAW insan yang terbaik di langit dan di bumi tetapi sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sederhana dalam segala aspek kehidupan.


Pakaian PUTIH adalah paling baik sebagaimana yang disebutkan oleh Samurah bin Jundud RA:


" Pakailah pakaian putih dan kafanlah orang mati dengan kain putih, kerana pakaian putih sentiasa nampak kemas dan bersih"


Mari kita niatkan apabila memakai baju yang bewarna putih kerana nak ikut sunnah Nabi SAW insyallah dapat pahala. Terutamanya, apabila kita hendak ke masjid, sembahyang hari raya, hari jumaat, atau majlis-majlis ilmu kerana majlis itu turut dihadiri para malaikat.






No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING