Solat Subuh Penentu Kejayaan dan Keberkatan Hidup

Solat Subuh adalah Standart Nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat subuh berjamaah, adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan dan kecemerlangan. Umat yang menjaga solat subuh berjamaah adalah umat yang akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Solat Subuh berjamaah bagi kaum lelaki dan solat pada awal waktu bagi kaum wanita merupakan satu isu yang perlu dipandang serius dalam kehidupan masyarakat masa kini. Hal ini perlu diterapkan dalam rangka membangunkan model insan umat Islam.


Solat Subuh tepat pada waktunya akan menjadikan kehidupan seharian manusia menapak dalam peraturan yang digariskan Allah SWT. Solat Subuh juga menjadi pengikat kebergantungan kita kepada Rabbnya sejak pagi-sebagai permulaan hidup. Dengan demikian umat Islam memulai harinya dengan ketaatan, zikir, solat dan doa.






SOLAT SUBUH UJIAN UNTUK MANUSIA

Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan dan perlindungan Allah sepanjang hari. Adakah menurut anda:
  • Masyarakat ideal adalah yang mempunyai jawatan, kekuasaan dan  harta?
  • Masyarakat ideal adalah masyarakat yang terdiri dari para artis, penyanyi dan pelakon?
  • Masyarakat ideal adalah masyarakat yang terdiri dari cendiakawan yang sekular, atau pakar dan ilmuwan, atau para usahawan dan peniaga-sekalipun mereka ingkar perintah Allah?



Tidak demikian saudaraku.....Masyarakat ideal yang hakiki adalah mereka yang terdiri dari orang-orang yang menjaga solat subuh dengan berjamaah!


Carilah mereka yang lulus dalam ujian Allah ini.


Percayalah....saat ini orang-orang yang rosak dalam masyarakat jauh lebih banyak berbanding orang soleh yang melaksanakan solat subuh. Orang-orang munafik dalam masyarakat lebih banyak berbanding orang-orang jujur yang melaksanakan solat subuh.

 
Kemaksiatan, dosa dan kejahatan dalam masyarakat jauh lebih besar jumlahnya daripada orang-orang yang merindukan kedekatan dengan Allah SWT. Begitu mudah menghitung orang-orang yang merindukan kebaikan, kemudian dia mencampakkan nikmatnya istirehat dan kenikmatan dunia. Dia tinggalkan berbagai macam janji dengan orang lain untuk menghadap Allah, mendatangi RumahNYA pada jam yang telah ditetapkan.
 

Alangkah mulia dan alangkah utamanya pemberian Allah SWT. 

Seorang da'i atau pendakwah yang tidak menjaga Solat Subuh dalam berjamaah, tetapi dia berbicara dan berceramah dalam sebuah majlis tentang tegaknya agama Allah di muka bumi. Naif!


Tanpa Solat Subuh umat Islam tidak lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan dan kejayaan jika mereka memperdulikan solat ini. Sesungguhnya menegakkan solat adalah dengan menegakkan seluruh syarat-syaratnya. Solat Subuh merupakan solat wajib yang paling sedikit rakaatnya iaitu dua rakaat sahaja. Namun ia menjadi standard iman seseorang dan ujian terhadap kejujuran kerana waktunya sangat terbatas.


"waktu solat subuh dari terbit fajar sampai terbit matahari"  (HR Muslim)


Berbalik dalam diri kita sendiri..... "pukul berapa subuh kita pagi tadi? adakah dalam waktu yang ditetapkan atau Subuh kita selepas terbit matahari?".


Orang yang melaksanakan Solat Subuh setelah terbit matahari dengan sengaja, bererti dia telah meninggalkan kewajiban yang telah ditetapkan Allah dengan sengaja. Ini sangat bahaya!


"Janganlah kamu meninggalkan solat secara sengaja. Barangsiapa yang telah melepaskan solat secara sengaja, maka Allah dan Rasul telah melepaskannya dari tanggungan."  (HR Ahmad)


Pernah, salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahwa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal. Ialah apabila jumlah jamaah Solat Subuh mencapai jamaah Solat Jumaat.


Permohonan pertolongan dari Allah SWT, hadirnya kebenaran, lenyapnya kebatilan serta tegaknya agama Allah di muka bumi, tidak akan datang kecuali setelah tertegaknya solat dalam diri manusia. Yang pasti, Solat Subuh (dan Al-Quran di pagi hari) serta setelah solat malam (solat sunnah bagimu) adalah saranan yang penting untuk meraih kejayaan.


Mari kita singkap sejarah kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi dalam mengembalikan pembinaan umat. Yang pertama sekali beliau perhatikan adalah solat di masjid. Beliau menyakini hanya dengan solat berjamaah musuh-musuh Allah dapat dikalahkan.


Salahuddin Al-Ayyubi bukanlah seorang ahli sufi yang sentiasa berada di masjid tetapi beliau berusaha memastikan tentera-tenteranya solat berjamaah kerana beliau yakin sehebat mana persediaan dan kelengkapan pasukannya, beliau tidak akan menang kecuali dengan pertolongan Allah. Bagaimana Allah akan menolong jika dia tidak menolong Allah SWT.


"Dan Allah benar-benar akan menolong  orang yang menolong agamaNYA. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."  (Al-Hajj: 40)



Marilah sama bermuhasabah diri yang lemah ini.....


Sesungguhnya kita tidak akan mengecapi kejayaan dan kemenangan hidup, kecuali setelah dipenuhi semua syarat-syarat berikut:

  • melaksanakan ibadahNya
  • kesatuan  akidahNya
  • berakhlak mulia
  • mengikuti ajaranNya
  • tidak melanggar laranganNya
  • tidak meninggalkan suruhanNya
  • berusaha terus menjaga dan mempertahankanNya


Allah akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kebatilan menjadi keadilan, dari kerosakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi tika solat sentiasa dipelihara. Berhati-hatilah...jangan sampai tertidur atau terlalu asyik dengan pekerjaanmu sehingga terlepas waktu yang mulia ini.



"Kejayaan itu milik orang-orang yang mendirikan Solat".........Hayya 'AllasSolah Hayya 'AllalFalah.



***sumber rujukan Misteri Shalat Subuh, Dr. Raghib As-Sirjani



Moga bermanfaat untuk diriku dan semua....

Comments