Tuesday 13 September 2011

KISAH TUDUNG NIPIS PARAS BAHU

Kisah ini berlaku pada zaman Nabi SAW, iaitu seorang sahabat bernama Habsah Binti Abdul Rahman.


Pada suatu hari Habsah telah memakai tudung nipis menutupi paras bahunya, setelah dilihat oleh Aisyah isteri Rasulullah lalu ditanggalkannya dan berkata "apakah kamu tidak tahu ayat yang diturunkan oleh Allah dalam surah An-Nur?"


"Dan hendaklah kamu menutupi kain tudung sehingga ke paras dada"   -  (an-Nur:31)



Kemudian Aisyah menyuruhnya memakai tudung yang lebih tebal dan labuh serta tidak menampakkan bentuk tubuh badannya. (Mohd Nasiruddin al-Bari, 1994:126)



HUKUM MEMAKAI PAKAIAN KETAT, JARANG DAN PENDEK

Sesetengah ibubapa ada juga yang langsung tidak kisah apabila anak-anak keluar rumah hanya memakai atau menenakan pakaian yan seksi serta tidak patuh syariah. Tak tahu bagaimana nak mengatakan..... Hanya berbaik sangka dan mengharapkan Allah memberi hidayah kepada mereka. Ada juga antara mereka seolah-olah bangga apabila semua mata melirik padanya....


Hadis Nabi SAW:


"Wanita itu aurat. Apabila dia keluar akan sentiasa menjadi hasutan serta gangguan syaitan."


Rasulullah menyebut "gangguan syaitan" untuk dinisbahkan kepada manusia kerana menggambarkan perilaku dan perangai atau tabiat golongan pasid yang suka membuat kerosakan dan menganggu ketenteraman orang lain dengan sikap yang melampau dan cenderung ke arah kezaliman, suka memusnahkan kehormatan orang lain.


Jelas di sini, berpakaian dan bertudung sedemikian haram dan berdosa kerana sengaja menzahirkan aurat dan bentuk badan yang sepatutnya ditutup sepertimana yang diperintahkan Allah.


Kerana itu, muslimah anggun menawan peliharalah dirimu supaya tidak memakai pakaian nipis, ketat dan pendek. Berhati-hatilah membeli tudung dan baju kerana banyak di antaranya sekarang nipis dan menampakkan bentuk tubuh.


Jadilah muslimah yang bijak berfesyen dan bukannya mengikut apa sahaja fesyen hingga tidak mengambilkira hukum yang digariskan Allah.

No comments:

Post a Comment

KENAPA ANDA PERLUKAN AL-QURAN TANGGING