BERSOLEK DAN BERHIAS SIFAT WANITA SOLEHAH

 


 
Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata, bersabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan"

Justeru para wanita.....bersolek dan berhiaslah kamu kerana Allah pasti kita mendapat pahala dan memagari hati suami dari maksiat, dan memenuhi seleranya. Kerana bimbang jika kita tidak berhias dan memikat hatinya orang lain pula akan berbuat demikian...(sekadar ingatan untuk diri dan anda...:)

Walaupun bersolek, berdandan, berwangi-wangian itu dibolehkan dalam Islam tetapi mestilah dalam batas syariah yang dibenarkan.

BERSOLEK DAN BERHIAS HARAM

Fitrah dan sikap kita yang suka bermake up, bergaya, berwangian tidak boleh melawan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kerana status kita adalah makluk dan hamba kepada Allah. Setingi manapun kepandaian dan kebijaksanaan kita tidak akan megubah apa-apa kerana Allah tetap PENCIPTA MANUSIA DAN SEMUA MAKHLUK di alam ini kerana itu kita perlu mengikut peraturan yang diberikan.

Bersolek dan berhias akan bertukar menjadi HARAM dan mendapat dosa bergantung kepada
  • Tujuan dan Niat
Dengan alasan apa sekalipun, samada untuk menghadiri majlis atau kerjaya, seorang wanita solehah tidak harus menghias dirinya untuk menarik perhatian ajnabi atau lelaki lain. Mungkin kekadang wanita terlupa apabila bermake up adalah untuk dirinya tetapi secara tidak sengaja telah membuka ruang-ruang untuk orang lain tertarik padanya. Jika wanita itu benar-benar solehah dia akan berusaha menutup pandangan-pandangan asing padanya dan bukannya sebaliknya ingin semua orang memandang padanya.



"Barangsiapa dari golongan wanita memakai wangian lalu berjalan diperkumpulan orang dan mereka mencium bau wangiannya maka wanita tersebut seolah-olah telah melakukan berzina"

(HR ABU DAUD, TIRMIDZI, NASAI)


***Bukanlah bermaksud wanita tak boleh memakai perfume tetapi jangan berlebihan terutama ketika keluar kerja atau keluar ke mana-mana.


  • Kosmetik yang digunakan
Ramai kalangan muslimah kurang memberi perhatian kepada peralatan make up yang digunakan. Sikap tidak kisah merupakan punca kecendurangan wanita menggunakan jenama-jenama kecantikan yang tidak HALAL. Dibimbangi jika kita menggunakan kosmetik yang materialnya dari bahan yang haram seperti campuran khinzir dalam gincu, dan banyak lagi yang tidak pasti kehalalannya, takut-takut jika make up kita haram bagaimana kedudukan ibadah seharian kita solat misalnya.....?
  • Berlebih-lebihan
 Apabila berdandan perlulah bersederhana dan jangan membazir duit dan masa hanya untuk bersolek dan berdandan. Penampilan yang sederhana itu dituntut dan lebih memikat hati.....



Comments

  1. Tak salah nak cantik asalkan tidak terjejas aurat.


    sharifdez.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment