4R TIPS DISIPLINKAN ANAK

Anak yang baru lahir ibarat kain putih bersih dan ibubapalah pencorak atau designer yang bertanggungjawab menjadikannya kain yang terbaik atau umpama kain buruk yang tak beharga. Justeru apabila banyaknya isu-isu keruntuhan akhlak para remaja seperti merokok, berjudi, berzina, dadah, rempit dan pelbagai lagi siapakah yang perlu disalahkan?


Dalam kes terbaru di Sabah, seorang remaja perempuan berzina dengan suami orang sehingga menyebabkan lahirnya anak zina. Lebih malang apabila bayi itu mati dan kuburnya telah dikorek untuk mempastikan DNAnya. Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa hanya sedikit kecewa dengan apa yang berlaku...bayangkan jika ini terjadi pada anak kita?



4R STRATEGI UNTUK DISIPLINKAN ANAK DAN DIRI
  1. RESPOND
  2. REVIEW
  3. REFLECT
  4. RIGHT THE WRONG


RESPOND (REAKSI)
Apabila anak melakukan kesalahan, beri respond atau reaksi segera. Dengan lembut  dan suruh anak fikirkan kembali kesalahannya. Contoh: ketika sedang bermain, tiba-tiba anak anda memukul temannya kerana tidak mahu berkongsi mainan dan akibatnya teman tadi menangis teresak-esak. Dalam situasi ini anda boleh berkata "kenapa pukul nana sayang"


REVIEW (KAJI SEMULA)
Beritahu anak tindakannya memukul teman salah "Tak baik pukul kawan sayang....Fira kena berkongsi bila main sama"


REFLECT (GAMBARAN)
Berikan gambaran tentang apa yang dilakukan oleh anak. Tanyakan begini " Tengok, nana dah menangis. Tentu Nana sakit sebab Fira pukul dia tadi. Cuba kalau Fira yang kena?


RIGHT THE WRONG (PERBETULKAN KEADAAN)
Biar anak perbetulkan keadaan. Jadikan anak kita sentiasa bertanggungjawab dengan setiap  kesalahan yang dilakukan. Jangan membiarkan anak-anak terus melakukan kesalahan. Sekalipun dia enggan pujuklah dengan bijak "Fira anak yang baik, anak yang baik Allah sayang....pergi pujuk Nana. Minta maaf sekali. Suruh dia jangan menangis lagi"


Kesimpulannya, dalam mendidik dan mentarbiyah anak perlu kesabaran dan istikhomah berpanjangan. Apa pun yang ingin diterapkan perlu di ingat dan di ulang-ulang barulah ia akan tersemat padu dijiwa anak-anak.


 

Comments