Posts

PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT

Image
Al kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama _Sya’ban RA._

Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.

Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid.

Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah.

Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw,  Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah.

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan Rasulullah saw mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa.

Nabi saw pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA.

Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA.

Namun yang ditunggu belum juga datang.

Bimba…

TEGURAN DARI ALLAH

Image
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"

Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"

Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak …

HUKUM ORANG LELAKI BERJUAL BELI PADA HARI JUMAAT

Image
Berjual beli pada hari Jumaat mempunyai hukumnya tersendiri. Sungguhpun asal hukum berjual beli itu harus di dalam Islam, namun hukumnya berbeza pada hari Jumaat.

Sebagaimana yang pernah terjadi bahawa sebahagian jemaah sembahyang fardhu Jumaat meninggalkan Rasulullah Shallallahu ‘alalihi wasallam yang sedang berkhutbah kerana mereka pergi ke tempat kafilah yang datang membawa barang dagangan. Maka
dengan itu turunlah ayat yang melarang perbuatan sedemikian.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barangbarang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) suatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah).
Katakanlah (wahai Muhammad: “Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.”(Surah al-Jumu‘ah: 11)

Oleh itu, berjual beli ketika sembahyang fardhu Jumaat adalah dilarang. Allah Su…

DOSA FITNAH

Image
Kisah seorang yang telah memfitnah seorang ulama. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.

Lalu ulama itu berkata.."Dengan syarat..Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam..Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis"

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu..Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya sehinggalah ingga tiba di masjid.

Dia berjumpa dengan ulama tersebut.
"Wahai habib..Aku telah buat seperti yang tuan suruh..Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi..Apakah tuan telah memaafkan saya"

Ulama itu berkata.."Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa padaku esok"

Orang itu bertambah pelik..Tadi suruh buang..Ini suruh ambil kembali..Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.

Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "…

MAXXIMA TERIMA ANUGERAH TERBARU DI LONDON

Image
BERITA GEMBIRA DI PAGI HARI ISNIN

Alhamdulillah dan tahniah buat MAXXIMA kerana berjaya menerima Award European Quality Society Research London 2017.

Hari ini sekali lagi kita membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai produk kesihatan bertaraf dunia dan selamat untuk diminum.

#cellmaxxlangat #maxxima #cellmaxx #makeityourjourney #giveuporgetup  #onedreamonedirectiononemaxxima #entrepreneurlifestyle #enjoylife #buatanmalaysia #malaysia



ADAB BERSAHUR DAN BERBUKA

Image
Makan Sahur

Orang yg berpuasa sangat dianjurkan utk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash

bahwa Rasululla bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ

“Perbezaan antara puasa kami dgn puasa ahli kitab(Yahudi dan nasrani) adalah makan sahur.”

Dari SalmanRasulullah bersabda:

الْبَرَكَةُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: الْجَمَاعَةِ وَالثَّرِيْدِ وَالسَّحُوْرِ

“Berkah ada pada 3 hal: berjamaah tsarid(roti yg ducampur kedalam bubur) dan makan sahur.”

Disukai utk mengakhirkan makan sahur berdasarkan hadits Anas dari Zaid bin Tsabit

Beliau berkata:

Kami makan sahur bersama Rasulullah saw

kemudian beliau bangkit menuju solat. Aku bertanya: “Berapa jarak antara adzan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kadar 50 ayat.”

Namun apa yan diistilahkan oleh  ulama muslimin dengan istilah imsak yaitu menahan beberapa minit sebelum adzan Shubuh adalah perbuatan sunnah yang bersandar kepada hadis diatas bhwa Rasulullah berhenti sahur pada kadar pembacaan 50 a…

DOA SELEPAS SOLAT SEPANJANG RAMADAN

Image
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu RahmatMu untuk kami Ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, k…